Bulan lepas bertungkus lumus Qaseh menjoinkan diri dalam sesi ujibakat secara online utk drama bersiri SELUDUP ! dan ramai lagi yg join ,sape taknak 15 ribu oii , tapi sedih takde rezeki maybe Qaseh terlampau berbakat sgt tu yang tak menang , haha takut cantas artis2 yang dah lama kot, alamak poyo la pulak , so siapakah pemenang yang bertuah tu ? ini lah dia 2 pemenang bertuah ..
Apa pulak kata mereka bila menang dalam uji bakat ini ?
Mohd Andika seorang pekerja restoran berkata ‘’ saya amat berterimakasih kpd juri yang memilih saya dan saya percaya saingan adalah sgt sengit.Peluang ini akan saya gunakan dengan sepenuhnya utk mncapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya’’
Nur Afieqah pula seorang pelajar menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan
Kata Jehan pula ,pncarian bakat mendapat sambutan di luar jangkaan dgn 130 penyertaan melalui video yg di muat turun di laman facebook Seludup , nak tengok video diorang ??? boleh layari di www.facebook.com/Seludup
Drama Seludup ini di lancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group sdn bhd , drama yang sarat dengan aksi cinta ini brkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram spt rokok seludup , dadah , dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia , haaa lokasi penggambaran di Daerah Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka .
Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd
Pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa . Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkosepan kreatif ke penghasilan kandungan , produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas , sejak 2009 Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, Mcdonalds, Kidzania , Canon , Tabung Haji ,Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization , 8tv , Asian Food Chanel , Astro Malaysia , CNBC, AXN, dan diketuai oleh seorang ikon yang serba boleh dalam industry televisyen iaitu JEHAN MISKIN
Maklumat lanjut tentang Mastermind Group , layari www.mastermind Group Sdn Bhd