Assalamualaikum
Kadang-kadang ada yang salah faham bila kita menyuarakan hati , kita kata penat , mereka kata kita mengeluh .. kita kata geram dekat anak , mereka kata bersyukur lah ada anak sedangkan ramai yang meminta masih lagi tidak dapat .. haih salah kah kita menyuarakan hati ? sekadar berkata tanpa ada niat untuk mengeluh mahu pun tidak bersyukur .
Bila aku menjadi seorang ibu , selalu jugak aku meluahkan perasaan pada suami yang aku penat , kadang-kadang penat dengan dia haha , kadang - kadang penat dengan Rayyan , kadang-kadang penat jugak dengan diri sendiri , semua benda di dunia ni sangat memenatkan , lagi dewasa lagi banyak benda nak kena fikir , mula lah nak undur balik masa , tapi andainya masa dapat di undurkan mampu kah kau mengelak dari ujian ALLAH ? tidak bukan ~
Korang ~ andai ada yang menyuarakan hati dia , melepaskan segala perasaan dia bukan bererti dia mengeluh dan berputus asa , tapi adakalanya seseorang itu memerlukan hanya kata-kata semangat ,yang sudi mendengar luahan hati dia , yang setia mendengar setiap esak tangis nya dan pelukan yang hangat untuk menenteramkan dia bukan hanya tahu berkata ''jangan mengeluh'' kerana bukan tujuan dia untuk mengeluh atau tidak bersyukur .
Kerana manusia itu adakalanya bersifat lemah , sekuat-kuat manusia pasti ada hari yang selama ini kuat di depan manusia lain , akan rebah juga samaada di depan Tuhan dalam diam dan di depan manusia . Aku berkata penat dengan sesuatu keadaan bukan bermakna aku mengeluh dan tak bersyukur tapi aku hanya manusia yang lemah dan adakala tewas untuk mengawal semuanya
Aku rasa orang lain pun sama , cuma fahamilah sedetik sebelum bersuara .. kerana manusia sebegini lagi memenatkan dan merimaskan .. tak salah untuk jadi seorang yang positif di setiap detik , tapi sebelum berbicara fahami apa yang manusia lain bicarakan .. bukan tidak bersyukur jauh sekali untuk mengeluh tapi manusia tetap manusia , punya hati dan perasaan yang harus juga di luahkan :[)
Sebab tu orang kata , lebih baik berdiam diri daripada mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati ~ ye dak ? lebih-lebih lagi yang bercakap macam tiada hari esok .. :p