Quantcast
Channel: Qaseh Dalia's Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

PICC Memberi Erti Keriangan Ramadhan Kepada Anak-Anak Yatim

$
0
0
Assalamualaikum 

Baru - baru ni qaseh menghadirkan diri dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim yang di anjurkan oleh Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang setiap tahun di adakan , Alhamdulillah aktiviti-aktiviti amal sebegini terus di amalkan oleh PICC bagi mengimarahkan bulan yang mulia dan penuh barakah ini .



Program ini di anjurkan oleh pihak pengurusan PICC bersama pihak media  sekitar Putrajaya untuk 100 orang anak yatim daripada 3 buah rumah anak yatim  , Rumah Amal Suci Rohani di Bandar Utama , Rumah Kasih Sayang di Subang Murni dan Sekolah Kebangsaan Seri Cheras di Cheras yang terdiri dari anak-anak yang kurang berkemampuan berumur sekitar 4-12 tahun.


Objektif bagi program ini adalah untuk berkongsi erti keriangan Ramadhan dengan anak-anak yatim ini .  Mereka juga di sajikan dengan hidangan-hidangan istimewa seperti Kambing Bakaq Golek , Kuey Teaw Tomyam , Laksa Thai , Pulut Mangga , Som Tam , Laksa Kedah Ikan Sekoq , Ayam Percik Golek , pelbagai jenis Sup Power , Kuih Keria PICC , Nasi Arab Khabsa dan Mandy selain itu terdapat juga demonstrasi memasak secara langsung oleh chef-chef berpengalaman.

















Pada masa yang sama anak-anak yatim juga menerima sumbangan duit raya serta cenderahati setiap seorang  , turut hadir di Majlis Iftar ini adalah Presiden Perbadanan Putrajaya , Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail , ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PICC.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 756