Quantcast
Channel: Qaseh Dalia's Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

LaF Water Bomb Ampoule Review | Rupanya Lagi Best Bila Apply Ampoule !

$
0
0
Assalamualaikum 

Holla, hari ni aku nak kongsi rutin skincare aku yang baru iaitu LaF Water Bomb Ampoule. Siapa antara korang suka baca tentang rutin skincare dan lebih kan penjagaan kulit wajah daripada mencantikkan kulit wajah ? Maksudnya korang lebih spend duit untuk skincare atau pun mekap ? 

Aku ? Haihh kalau dulu aku lebih suka shopping barang mekap sebab konon mekap ni lagi tambah menyerikan wajah , tapi sebenarnya aku silap , keserian wajah tu bermula dari kulit yang sihat . Jadi , sekarang memang aku suka cuba skincare-skincare yang bagus bahan kandungan dan reviewnya . 

Walaupun orang cakap , guna banyak-banyak skincare ni tak takut ke kulit rosak ? EH ! Kalau tak cuba mana nak tahu beb ? Mudah je , kalau rasa tindak balas kita dengan satu skincare tu negatif , stop awal-awal ~ 


Jadi , jom borak tentang LaF Water Bomb Ampoule , bila aku post di facebook dan instagram , ada kawan komen ''macam best je serum ni'' , aku dah sebut ampoule tau bukannya serum . Maksudnya di situ ramai jugak yang tak tahu kewujudan ampoule ni , termasuk aku sendiri . 

Yaaa , jujur aku cakap , ni kali pertama aku cuba ampoule , sebelum ni aku hanya tahu tentang serum , moisturiser , essence dan okay tu je , tapi ampoule aku tak pernah dengar , so thats why aku nak cuba ampoule dari brand LaF ni , okay ke tak ? Ermmmm ... meh baca apa yang best nya tapi sebelum tu aku nak terangkan apa itu ampoule

Apa Itu Ampoule ?

Ampoule tu serum ke ?Tidak ye kawan-kawan , ampoule adalah ampoule dan serum adalah serum , bezanya ampoule lagi banyak bahan aktif dari serum dan teksturnya lebih cair , walaupun packaging hampir sama , bahan kandungan dan kesan nya lagi BOMB ! Sangat-sangat best jika korang alami masalah dehydrated
Seriously jadi perempuan ni bukan mudah , lagi - lagi yang tak cantik dari kecik macam aku  ni haha , terpaksa try hard jaga kulit muka untuk always sihat dan flawless gituh ! So wahai lelaki di luar sana jangan nak membebel perempuan beli itu ini ye , nak jaga anak orang memang mahal wakkkk :p

Pandangan pertama bila tengok LaF Water Bomb Ampoule ni memang biasa-biasa je sebab ingatkan ia ni macam serum juga , terkeliru macam uols , tapi bila guna seriously ..................... !!!! Sebelum aku share apa yang aku rasa jom baca apa yang bestnya tentang LaF Water Bomb Ampoule ni 

Kelebihan LaF Water Bomb Ampoule 



Maksud di sebalik nama LaF ni sebenarnya Lost and Found , ''lost'' merujuk pada masalah pada kulit dan ''found'' adalah penyelesaian . Jenama LaF ni pun sangat bagus sebab dapat memberi kesan yang cepat dan bagus pada semua jenis kulit dan masalah kulit yang korang hadap tu

p/s : Nasib baik ada kacukan korea so boleh translate untuk korang :p
Bahan Kandungan : Sodium Hyaluronate (membuatkan kulit korang lembab sepanjang hari ) , Aloe Vera Leaf Water (mengurangkan kulit sensitif ) , Betaine (puryfing) , Allantoin (soothing)

Masalah dan Penyelesaian oleh LaF




Kulit aku sememangnya jenis dry skin dan memang bermasalah dengan masalah dehydrated , tapi korang jangan ingat  bila korang jenis oily skin tiada masalah dehydrated sebab oily adalah minyak manakala dehydrated adalah kulit yang kekurangan air . Bila kulit keluarkan banyak minyak tapi air tak cukup , kulit pun akan jadi tak balance .

Jadi , dehydrated skin ni akan serang semua jenis kulit , untuk balance kan kulit dari dehydrated skin , kena lah lebihkan penghidratan , kelembapan pada kulit wajah , bila tengok bahan kandungan LaF Water Bomb Ampoule ni ada bahan kandungan Sodium yang akan buat kan kulit kita lebih lembab dan juga Aloe Vera untuk kulit sensitif.

Bila kulit dah dapat penghidratan yang cukup , boleh lah kurangkan minyak di muka , gotcha !

Kelebihan dan Manfaat Laf Water Bomb Ampoule

  • Melembabkan kulit - sangat-sangat sesuai untuk aku sebab mengalami masalah kulit kering
  • Penghidratan - bila kulit kita dapat penghidratan yang cukup baru lah nampak berseri dan tak kusam
  • Pencerahan Kulit - ia juga dapat memberi kesan kecerahan pada kulit wajah
  • Anti-aging - even orang kata , kita semua akan tua jugak , yes i agree with that tapi sekurang-kurangnya kita tidak nampak tua dari umur , kita lebih nampak awet muda gitu
  • Penjagaan Untuk Kulit Sensitif  -Untuk kulit sensitif sangat bagus sebab mempunyai bahan kandungan utama Aloe Vera Leaf Water 
  • Penjagaan Untuk Kulit Berminyak - Laf waterbomb ampoule akan menyahkan segala minyak yang ada di kulit wajah 

Packaging dan Tekstur


Packaging nya lebih kurang dengan serum kan , sebab tu ramai terkeliru tapi jangan risau , dah terpapar di muka depan tu tulisan ''ampoule'' , antara pandai baca dengan tak je , ahaks :p

Di datangkan dalam botol kaca kedab udara (30ml) bersama dropper untuk memudahkan kita apply di wajah 


Korang boleh nampak di situ , tekstur ampoule ni agak cair tapi bukan sebijik macam air , ia ada tekstur macam glowing sikit dan warnanya agak putih jernih . Bab bau pulak , jika korang pernah guna pokok lidah buaya yang asli tu , haa lebih kurang bau macam tu lah

Tapi , bila apply di kulit wajah bau tu hilang sebab dah meresap dalam kulit , jadi selesa amat lah . Untuk skincare memang aku tak suka yang ada fragrance yg terlalu kuat , sebab hidung aku memang sensitif sikit dengan bau macam-macam nih , nanti tak selesa nak pakai !


Bila aku letak satu drop di tangan , laju je ia meluncur sebab teksturnya yang tak kental so cepat-cepat kena amik gambar heheh now u can see lah perbezaan ampoule dengan serum yaaa . Aku rasa aku dah lebih jatuh cinta pada Laf Water Bomb Ampoule ni korang . 

Cara guna Laf Water Bomb Ampoule 


Bagi aku bab rutin skincare ni , kalau korang takde masalah kulit sangat , maksudnya kulit normal , cukup korang amalkan dengan basic skincare yang mana hanya menggunakan pembersih muka , toner , moisturiser dan sunscreen tapi jika ada masalah kulit kering , kulit berminyak dll ~ masukkan ampoule ni selepas toner dan sebelum pelembab. 

Macam ni haa stepnya :
1.Cleanser
2.Toner
3.Ampoule
4.Moisturizer
5.Sunscreen 

P/s : Sebenarnya ampoule ni korang boleh mix kan juga dalam serum atau pun essence sebab ia takkan merubah bahan kandungan pun tapi lagi beri kesan penghidrratan lebih pada kulit , if taknak mix pun dah cukup . 


 Hanya drop beberapa titik LaF Water Bomb ampoule ni di wajah korang 


Kemudian sapu ke seluruh wajah , kena cepat-cepat sapu ke seluruh wajah sebab laju je ia turun ke bawah haaaa , sambil-sambil tu urut lah slow-slow bagi ia meresap ke dalam kulit dan dab dab dab slowly 

 Selepas , korang boleh nampak wajah muka aku lebih glowing bila cuba ampoule LaF ni , takde lah rasa terlalu kering dan kusam , wajah pun nampak lebih berseri -seri wpun tak mekap . 


Kesan Selepas  Menggunakan LaF Water Bomb Ampoule 


Walaupun aku cuba dalam masa singkat , dalam dua minggu lebih macam tu tapi tak menyabor nak kongsikan pada korang hehehe dalam masa ni dah cukup untuk aku berekperimentasi dengan kulit sendiri . Yang bestnya aku boleh nampak adalah kulit tak begitu kering , rasa macam always lembab , kadang-kadang bila busy sangat , apply ampoule ni rasa dah lega , sebab fokus utama aku adalah untuk rawat kulit kering ni haaa

Secondly yang aku paling suka bila apply LaF Water Bomb ampoule ni bila bab mekap , rasa macam lebih smooth apply foundation dan tak bercapuk , haaa yang ni aku rasa macam gileerrrr kesan dia memang best , so sebelum apply mekap wajibla apply ampoule ni dulu , kalau tak rasa tak best je  . Bab pencerahan kulit tu aku tak nampak lagi sebab mungkin baru lagi dan untuk anti - aging , i'm already 30 tapi macam umur 13 kan hahaha . :p Jangan jeles plishhh 

Overall aku puas hati dapat guna LaF Water Bomb Ampoule ni dan aku sangat suggest untuk korang cuba jugak lebih-lebih lagi untuk kulit kering , berminyak dan sensitif , Oh ye untuk nampak umur 13 macam aku pun boleh lah haha .. 


Mana Nak Beli LaF Water Bomb Ampoule ni ? 



Korang boleh beli di Guardian , sama ada online atau pergi je di Guardian yang terdekat , aku terbaca di twitter hari tu ampoule ni cepat sangat sold out , huhu jadi korang kena cepat-cepat dapatkan okay. Sebenarnya ada lagi dua variasi dari LaF Seoul iaitu LaF Whitening Ampoule dan LaF Anti Wrinkle Ampoule . Jika ada masalah tersebut boleh pilih yang mana korang perlukan. Range harga dalam RM47.10 - RM56.00 . 

Selamat mencuba ! 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes