Assalamualaikum korang , jalan-jalan cari makan lagi !
Kali ni aku nak ajak korang makan steamboat di Pak John Steamboat & Bbq di IOI City Mall Putrajaya , dari Rawang ke sini sebab aku memang hantu steamboat ! Ada sesetengah orang malas sebab nak kena masak sendiri , tapi aku suka sebab boleh makan banyak-banyak gitu , dasar kurus kering tapi makan banyak :p
Dalam banyak-banyak steamboat yang aku pernah pergi , di Pak John ni ada menu unik yang aku tak pernah jumpa di tempat lain , kebiasaannya seafood sama je kan tapi kat sini ada seafood yang aku sendiri cuba buat pertama kali . Nak tau apa ? Bacalah ~ yang bestnya ada lebih dari 160 dish yang tersedia di sini
Bila makan steamboat ni , pertama kali kuah / sup kene sedap dan tak manis (citarasa aku tak suka manis) , kalau sup kureng umphh , terus selera dah mati . Haha cerewet nya iols kan , tapi yang bestnya kat sini ada 5 jenis sup yang korang boleh pilih
- Prawn Soup
- Tomyam Soup
- Chicken Soup
- Miso Soup
- Curry Soup
Walaupun banyak jenis sup yang ada , tapi aku tetap memilih tomyam , alway my fav soup bila makan steambot hehehe ~ ok lah nanti kita cuba sup lain pulak , aku suka hirup kuah tu dan suka buh cendawan banyak-banyak. Alaaa ~ tetiba lapar balik , sobsss :(
One more thing yang wajib ada adalah tempat grill / bbq ! Yang ni wajib kena ada sebab aku suka makan daging panas-panas lepas tu cicah thai sos pedas kat sini , cuma tempat bbq di Pak John agak kecil tapi its okay sebab tempat bbq ni staff dia akan selalu tukar bila nampak hitam-hitam hangit tu haaa
Tu yang best , sebab orang akan ingat kita baru makan padahal dah banyak round dah grill daging dan seafood semua , haha ala-ala suci gitooohhh . Sup tomyam kat sini memang sedap , tak mengecewakan tekak sebab ianya tak manis dan tak pedas sangat , anak-anak boleh makan juga
Tempat Yang Luas Dan Selesa
Bila tengok bahagian dalam dan luar Pak John Steamboat ni memang luas dan selesa , sebab ia mampu memuatkan 150 hingga 200 orang , fuh datang weekend memang ramai gila , full pack gais. So jangan lupa datang awal atau booking awal-awal okay !
Pelbagai Menu Buffet , Seafood dan Ala-Carte
Nah round pertama , hehe banyak kan seafood , sayur dan pelbagai menu ala carte , ada nasi goreng , spaghetti , bee hoon goreng dan lain-lain , kena datang sendiri nanti tau , menu untuk anak-anak kecil pun ada , buah-buahan , kek dan juga puding.
Muka tengah lapar be like ~
Haaa tadi aku cakap ada seafood premium kat sini dan pertama kali aku cubaaa ~ tadaaaaa semua yang tersenarai ni korang kena order di kaunter ni , order FREE je sebab semua dah termasuk dalam 1 harga , dont worry okay , so kat sini korang boleh order :
- Premium Beef Slice
- Premium Lamb Slice
- Abalone Slice
- Smoked Duck
- Dim Sum
- Waffle
Semua sedap , daging itik tu memang rasa manis dan paling unik adalah abalone , sebab sebelum ni tak pernah pun makan , unik gila rasa dia , tak tahu nak gambar kan macam mana tapi sedap dan kenyal-kenyal gitu . Jangan lupa tau order kat sini karang orang makan itik , korang tak merasa heheh !
Sos kat sini pun banyak , bukan takat ada sos cili je tapi ada sos thai fuh sedap dan pedas , cicah dengan daging bakar memang umphh gais !
Pelbagai minuman yang ada di sini dan boleh order juga , ada jus buah , ais krim , abc dan juga coffee panas
TQ so much Pak John Steambot & BBQ kerana menghidangkan pelbagai menu yang sedap dan puas hati dengan harga , memang berbaloi nak makan-makan dengan family kat sini , selain tu korang boleh juga book untuk sambut birthday or private party , sila call Pak John , dia sedia membantu heheh
.
More Info :
Lokasi :
GE-11 Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya
(bahagian luar tau , berdekatan dengan kolam)
Web : http://www.pakjohn.com
Facebook : https://m.facebook.com/pakjohnioicitymall/