Quantcast
Channel: Qaseh Dalia's Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Rawatan e-Genki | Terapi Terbaik Untuk Kelesuan dan Sakit Badan

$
0
0
Assalamualaikum 

e-Genki Treatment di Healthland Setapak | Semalam qaseh berada di Healthland Setapak untuk memanjakan dan buat urutan badan , fuhhh sumpah syok gila bila dah lama tak rasa badan di urut ni , seingat qaseh , selepas bersalin je rajin buat urutan badan ni lepas tu hurmm kesian kat badan sendiri sebab makin hari makin terasa kelesuannya , sebab tu lah badan makin cepat penat.


Jadi , qaseh nak share pengalaman qaseh membuat rawatan e-Genki ni , oh ye untuk pengetahuan korang e-Genki ni strategik partner of Healthland so dia lain dengan brand Healthland yang lain cuma dalam bangunan yang sama. Pergi sana cakap je nak buat rawatan e-Genki okayh.



Mesti korang tertanya-tanya macamana pulak rawatan E-Genki dan apa kelebihannya untuk tubuh badan kita , qaseh pun first time cuba rawatan sebegini , memang lain dari yang lain , ia akan mengesan punca di mana korang sakit melalui alat dan urutan tradisional.

Apa itu Rawatan e-Genki ? 


Okay , untuk memberi penjelasan yang lebih detail buat korang , e-Genki ni adalah Biotelectric Theraphy + Tradisional Chinese Massage yang mana ia menggunakan satu alat elektrik yang berarus rendah untuk mengesan punca kesakitan yang kita alami dan merawatnya. Qaseh memang ada part-part di bahagian badan bila tekan dengan jari , rasa sakit , tak tahu lah kenapa , yang bestnya e-Genki ni dapat mengesan part yang qaseh sakit tu tanpa qaseh perlu bagitahu pun. Haa best kan ?

Qaseh nak share jugak lah step-step sewaktu buat rawatan e-Genki ni , tapi semasa rawatan takde lah gambar ai , aurat uols haha . Di sini ada ruang menunggu jugak , if bawa anak kecil memang tak boleh bawa masuk di ruangan rawatan sebab perlukan ketenangan dengan muzik yang tenang gitu hehe kalau bawak Rayyan huru hara jadinya.


 Sambil menunggu therapyst siapkan tempat moh lah bergambar dulu , tak perlu tunggu lama pun , sekejap je 

Kemudian qaseh di bawa ke bilik rawatan , macam biasalah bila bermassage ni kena pakai pakaian yang di beri dan perlu dalam posisi meniarap untuk rawatan e-Genki sambil di dendangkan dengan alunan melodi yang tenang , sumpah best sebab macam dah lama tak di manja-manja begini, therapyst pulak sangat profesional dan lembut je , rasa selesa sangat dengan servis oleh e-Genki ni







Antara alatan dan bahan yang di gunakan sewaktu rawatan e-Genki

Ini juga kali pertama qaseh merasa urutan tradisional China , urutan dia lembut je haaa  memula cuak jugak tapi lama-lama layan je ~ Apa rasa bila buat rawatan E-Genki ni ? Rasa macam kena renjatan elektrik + vibrate secara perlahan je , cuma akan rasa sedikit sakit bila terkena bahagian badan kita yang sememangnya bermasalah haaa dia boleh detect di situ , so therapyst akan merawat dan membuat urutan di bahagian yang dah di kesan tu berulang kali , lama kelamaan rasa sakit tu kian hilang ~


e-Genki ni bukan sekadar untuk relaxing tau tapi lebih kepada improve kesihatan badan kita , kadang kita pun tak tahu part mana yang bermasalah sebab tak nampak kan , so banyak kebaikan rawatan E-Genki ni untuk tubuh badan kita , fuhhh memang lega sangat semasa rawatan di jalankan , kalau korang selalu alami lesu-lesu badan , sakit sendi qaseh rekemen sangat untuk cuba rawatan e-Genki ni , lega weh lega


Rawatan e-Genki ni macam gambar di atas , alat tu akan di letakkan di badan sambil di urut oleh therapyst , melalu pergerakan tangan therapyst tu kita boleh rasa arus elektrik tu ikut sekali untuk rawat masalah tubuh badan kita dari leher sehingga kaki. 


Kebaikan Rawatan e-Genki Pada Kesihatan Tubuh Badan
  • Memulihkan peredaran darah dalam badan 
  • Memulihkan sel-sel badan dan juga saraf 
  • Meningkatkan sistem penghadaman 
  • Meningkatkan anti keradangan 
  • Menghilangkan keletihan badan 
  • Melegakan tekanan dan kesakitan 
  • Body detox 
Untuk rawatan E-Genki ni mengambil masa dalam 1 jam juga lah , then selepas selesai rawatan e-Genki , qaseh di beri rawatan Mud Spa pula. Apakah itu Mud Spa ? Kebaikannya adalah untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan , so therapyst akan letakkan Mud Balm di belakang badan kita , ia sejenis herba dan agak kuat juga bau herbanya 



Bila di letakkan Mud Balm ni memang terasa badan agak panas ibarat korang berendam dalam hot spring gitu  tapi sumpah best , rasa badan tu tiba-tiba segar je , Mud Spa ni mengambil masa 1 jam jugak , bila di sapu dengan Mud Balm , therapyst akan tinggalkan korang sendirian so nak tido pun boleh hehe tapi memang sangat best ! Lepas habis sesi Mud Spa ni pun badan still rasa segar dan panas. 

Therapyst tu ada pesan , selalu lah buat urutan badan ~ mungkin badan aku betul-betul lesu dan banyak sakitnya  hehe badan kuat bekerja macam ni lah, tapi pengalaman qaseh lepas buat rawatan e-Genki ni memang betul-betul badan rasa sangat segar , sihat dan panas maybe peredaran darah makin lancar , part-part yang bermasalah pun makin kurang sakitnya  , memang terbaik ! 

Cawangan e-Genki yang korang boleh buat rawatan :
  • Healthland Taman Desa
  • Healthland Sri Petaling
  • Healthland Setapak 
  • Healthland Desa Park City 
  • Healthland Taman Segar 
  • Healthland Aman Suria
  • Healthland Setia Alam 

FREE Voucher Diskaun Off RM100 !


Berita baik , jika korang berminat untuk mencuba rawatan e-Genki , qaseh ada 10 voucher diskaun RM100 untuk di beri haaa kalau korang berminat boleh email qaseh di dalia_adelia@yahoo.com atau dm di instagram qaseh @qasehdalia , serious lah bila cuba e-Genki treatment ni sedap je rasa badan , memang berbaloi-baloi , harganya pun sangat berbaloi haaa jika guna voucher kena bayar sikit je , jangan lepas peluang ini okayh



Facebook :


Viewing all articles
Browse latest Browse all 756