Quantcast
Channel: Qaseh Dalia's Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 755

Tips Penting Supaya Tidak Ditipu Oleh Kontraktor Ketika Ubahsuai Rumah Idaman

$
0
0

 Assalamualaikum

Hari tu qaseh keluar jalan-jalan setelah lama hidup dalam paranoid dengan covid19 ni, so tempat pertama yang qaseh pergi adalah IKEA ! Salah satu tempat favourite yang qaseh suka sangat pergi sebab selain nak makan meatball, qaseh suka gila tengok dekorasi dan hiasan dalaman yang ada dalam showroom tu, boleh gila tau bila masuk showroom ~ lepastu mula lah berangan bestnyaaa dapat rumah cantik-cantik macam tu 

Mula lah berangan kan best dapat ubahsuai/renovate rumah seperti yang kita idamkan, perghh dalam kepala dah terbayang ni rumah idaman tema kayangan haha rumah ku syurga ku  ~ eh  berangan tu kan percuma tapi dari angan-angan tu lah boleh jadi kenyataan, takpe kita rangka je plan dulu, kita ceduk idea dan dekorasi yang kita nak then next step upah je kontraktor 

Qaseh suka clean macam ni, cantik ! 

Tapi........

Hurmm bab nak upah kontraktor ni sangat takut ye sebenarnya lagi-lagi ilmu bab ni kosong, macam qaseh la bukannya tahu sangat bab-bab rumah ni,  bukan apa qaseh selalu jugak baca dan dengar sendiri pengalaman kawan-kawan yang mengalami nasib atau pengalaman tak best bila melibatkan kontraktor, nak rumah idaman tapi tak menjadi seperti yang diharapkan, last-last duit habis macam tu je tapi hasil yang dapat ntah apa-apa ! 

Jangan main-main ye bila melibatkan ubahsuai/renovate rumah ni memang kita tak boleh main hentam je lebih-lebih lagi melibatkan kos yang besar, haa supaya tak menangis di kemudian hari, ia jadi mudah bila korang dah biasa berurusan dengan kontraktor tapi bila zero knowledge ni memang kena betul-betul selidik dan buat kajian habis-habisan dulu ye, yang penting jangan janji mulut jee haa wajib ada perjanjian bertulis.

So qaseh nak kongsikan tips-tips yang korang perlu ambil perhatian bila nak ubahsuai/renovate rumah supaya tidak tertipu dengan kontraktor ! 

Tips Elakkan Ditipu Oleh Kontraktor Ketika Ubahsuai Kediaman 

1.  Buat kajian / minta rekemen dari kawan-kawan dan keluarga

First of all, jangan berat mulut atau malu untuk bertanya kawan-kawan tentang kontraktor yang berpengalaman dan berkualiti, jika bagus review dari mereka boleh lah masukkan dalam list,  jika korang ada berkenan dengan mana-mana kontraktor jangan lupa selidik dengan kawan-kawan juga, mana lah tahu jika diorang ada pengalaman yang tak best dengan kontraktor tersebut, yang penting bertanya sebelum membuat keputusan 

2. Mempunyai premis dan urusniaga yang sah

Haaa ni sangat penting ye, jangan hanya berurusan atas talian sahaja, korang perlu tahu alamat lengkap premis urusniaga sama ada pejabat, rumah atau kilang supaya lagi senang berurusan dan mudah dicari jika ada apa-apa masalah, jika kontraktor tersebut mengelak atau tiada alamat premis, nah tu tanda-tanda yang korang bakal ditipu

3. Panggil tukang datang rumah dan sebut harga

Okay yang ni pun sangat penting, yelah korang nak buat ubahsuai kan lebih senang kalau kontraktor tu datang rumah untuk meninjau kawasan dah idea korang, so bila dah berbincang dah tak perlu nak susah-susah bayangkan, bila dah didepan mata lagi senang nak rangka plan, then dapatkan sebut harga dulu, bila dah dengar sendiri pengalaman dari kontraktor rumah barulah korang yakin 

4.Utamakan kontraktor rumah yang berdekatan

Haa lagi dekat lagi bagus kan, sebab kalau jauh nanti kira kos perjalanan pulak, dan sebenarnya lagi memudahkan kita untuk mnghubungi pihak kontraktor jika ada sesuatu masalah.

5. Mempunyai lesen perniagaan serta lesen kontraktor yang sah 

Yang paling penting adalah korang kena pastikan kontraktor yang dipilih sememangnya kontraktor yang betul-betul mempunyai lesen yang sah dan berdaftar dengan pendaftar perniagaan samaada lesen Enterprise atau Sdn Bhd. Ini adalah bukti yang mereka serius dalam kerjaya kontraktor dan pastikan mereka ada lesen kelas F atau E sebagai bukti bahawa mereka pendaftar yang sah 

Dah alang-alang cerita tentang ubah suai / renovation rumah ni, qaseh tahu korang tengah survey kan ! Qaseh nak share tentang kontraktor Nusara Bina PMC, boleh lah masuk dalam list survey korang sebab company ni memang dah lama dalam 11 tahun dah, dipercayai dan pelbagai projek dah mereka buat. 



Dan banyak dah projek-projek yang Nusara Bina buat, korang boleh masuk dalam website yang qaseh share kat bawah ni dan tengok sendiri dalam galeri, sumpah cantik sangat, kalau ada duit kepok-kepok sekarang nak je renovate rumah jadi rumah kayangan hehe. Apapun jangan lupa contact untuk info yang qaseh share di bawah okay

Sekarang ada promosi best dari Nusara Bina, percuma kabinet dapur ! Wahhh sape je nak bagi kabinet dapur free gais, tunggu apa lagi, semog dapat jadi 30 pelanggan terawal ! 


More Info :






Viewing all articles
Browse latest Browse all 755

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes