Quantcast
Channel: Qaseh Dalia's Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 755

TUNCH di Ames Hotel Melaka | Gabungan Hi-Tea & Lunch

$
0
0
TUNCH Di The Munch All Dining di Ames Hotel Melaka | Assalamualaikum & holla gais, qaseh tahu mesti korang tak pernah dengar tentang TUNCH kan, bukan PUNCH tau, ia adalah gabungan Hi-Tea dan Lunch buffet di Ames Hotel ni, wow bahasa baru uols ~ lepas ni boleh lah ajak suami pergi Tunch je lah.


Selalunya bila qaseh Hi-Tea di hotel, tiada gabung dengan lunch, nikmati kuih-kuih dan dessert sahaja tapi new experience di sini, i can eat all i want sebab ia nya buffet ! Yahooo, tak padan ye dengan perut kecik, dah masuk sesuap mula la kenyang hihi 


Tips nak makan tanpa cepat kenyang adalah makan sikit-sikit haaa, jangan cakap akak tak ajor, jom qaseh share pada korang apa yang menarik TUNCH di Ames Hotel Melaka ni. Are u ready ? Lets go ! 

Take note ye Buffet Tunch hanya ada pada setiap hari sabtu dan ahad sahaja, bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang dan ianya akan berakhir pada 13 November, 

Chef Eksekutif  hotel, Ramu Suppiah dan pasukan telah bertungkus lumus mencipta pelbagai perisa daripada hidangan istimewa makan tengah hari sehingga hidangan Hi-Tea

Di Salad Bar korang boleh nikmati pelbagai salad segar, timun, lobak merah dan tomato. Jangan lupa cuba Salad Ayam Hawaii dan Sandwich Croissant. Peminat sup boleh cuba selami Tom Yum Seafood dan Cream of Brocolli bersama roti yang baru dibakar








Tempoh hari, lepas breakfast memang terus terjun kolam so memang lapar, terus cari nasi dulu haha biasalah tekak melayu, apa-apa hal nasi dulu gais




Terliur dengan Marinated Chicken Wing, Yong Tau Foo, Murtabak Ayam, (nasib baik ada kuah merah tu, maveles my favourite bila makan dengan murtabak, tq chef anda sangat memahami haha), selain tu ada Pasta Aglio, Egg Foo Yong, Nasi Lemak Bungkus, Kari Kambing, Chicken Mai, Udang Goreng Berlado, Deepfried Wantons dan Salted Egg Squid.













Jangan lupa cuba Sate Ayam & Lembu, Pizza Hawaii dan Tom Yam serta Waffle Panas, fuhhhh macam mana tak berbaloi lagi ke dengan semua hidangan yang ada ni.




Jangan risau kalau perut kenyang, hingga pukul 4 petang ye, so slowly makan sambil lepak-lepak santai, jangan gelojoh okie :p 

Terakhir sekali mesti lah Hi-Tea dengan pencuci mulut yang semuanya nampak menarik, nikmati buah-buahan potong tempatan, Pastri Perancis, Aneka Kuih Melayu & Nyonya pelbagai perisa, Ais Krim, Ais Kacang Bubur, Kacang Merah dan Madelines. 
















Lastly pekena Goreng Pisang, Keledek Goreng dan Cekodok gais, kena try sebab lain tau goreng pisang hotel ni, anak qaseh suka maknanya sedap lah tu ha, jangan lupa hilangkan dahaga korang dengan minuman Kordial, Kopi, Teh dan Lemonade


Harga Tunch Buffet
Dewasa : RM70
Kanak-kanak (6-11 tahun ) & senior citizen : RM60


 

Untuk booking boleh contact 60126982957 atau email: dine@ames-hotel.com

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan AMES Hotel atau tempahan boleh contact 06-318 3999 atau layari 

Facebook : https://www.facebook.com/ameshotel 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 755

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes