Quantcast
Channel: Qaseh Dalia's Blog
Viewing all 755 articles
Browse latest View live

Hilangkan Eye Bag , Dark Circle dan Jerawat dengan Produk Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream dan 3d Micrite All Use Eye Cream

$
0
0
Holla ! Aku rasa bukan aku je ada masalah ni , boleh di katakan 80% alami masalah sama macam aku tapi masih lagi tak jumpa cara yang betul .. mungkin tak dapat menghilangkan masalah ni 100% tapi boleh mengurangkan dari masa ke semasa .. kan ? hi hi hii tu pun dah boleh buat senyum sampai ke telinga bila tengok wajah di cermin ... masalah apa ? Masalah yang selalu korang merungut tu lah , jerawat dan mata panda ! Jadi 2 produk ni mampu membantu korang 

❤Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream 
❤Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream 



Sejujurnya muka aku tak begitu teruk dengan masalah jerawat , tapi ada bulan-bulan tertentu haa mula lah jerawat tu datang menempek di muka lebih-lebih lagi kawasan dahi , hidung dan dagu .. oh yang paling tak best dalam lubang hidung pun dia nak hidup mungkin kawasan redup dan masin tu selesa agaknya kahkah .. Yang buat sakit hati bila jerawat tu menyakitkan , tersentuh sikit je azab gila rasaya huwaa huwa korang paham kan perasaan itu ! huh 

Hurm sebenarnya bila tengok kawan-kawan yang ada masalah jerawat yang teruk ni kesian pulak , mesti korang struggle gila kan nak jaga muka lebih-lebih lagi kulit yang sensitif , salah satu punca mungkin ada sesetengah memilih produk yang tidak sesuai , maknanya kat sini bila korang nak cuba sesuatu produk yang penting cuba tengok bahan kandungan dia dan sesuai tak dengan jenis kulit korang haaa .. 


❤ SWISSVITA ACNE SOLUTION SOOTHING CLEANSER CREAM

Jadi aku nak cadangkan kat korang yang ada masalah jerawat teruk cuba Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream  ,yang ni sesuai untuk oily and combination skin , dalam penjagaan wajah semua dah tahu wajib cuci muka tapi bukan sekadar cuci dengan air je , mungkin liang pori kulit kita dah tersumbat teruk sebab tu ia tak dapat bernafas dengan betul dan mengundang kepada masalah-masalah kulit yang lain , jerawat , whiteheads , blackhead dan lain-lain .. air sahaja tidak dapat membantu ye !

Tadi aku ada mention , nak pilih produk yang sesuai wajib tengok bahan yang terkandung , kenapa ? Bila korang ada masalah kulit jerawat kena lah ada bahan-bahan yang dapat merawat jerawat tu , contohnya untuk masalah jerawat ni , pilihla yang mengandungi bahan Asid Sitrik yang berfungsi menjaga liang pori korang yang mana melawan bakteria yang ada dalam jerawat degil tu haaa 


Tekstur : Cream 
Bau : Hidung aku bau cream ni macam bau kelapa haha , lebih kurang macam tu lah so far selesa dengan bau dan tekstur cream ni . 

Fungsi Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream 
  • Membantu membuka liang pori dan mengurangkan kehadiran jerawat , blackhead dan whitehead
  • Mengeluarkan minyak dan kotoran yang tidak di kehendaki 
  • Membersihkan kulit dari pencemaran yang kita tidak nampak
  • Melembutkan kulit 
  • Bebas dari Paraben , Alcohol dan Fragrance 
  • Mempunyai bahan berasaskan asid sitrik untuk memulihkan jerawat dan ekstrak tumbuhan untuk mengeluarkan minyak terutama di bahagian Zon T 
  • Tindakan pantas dalam merawat jerawat dalam masa 1 minggu .



A.C.N.E.F.I.G.H.T.I.N.G!!!
Cara penggunaan : Gunakan setiap hari , pagi dan juga malam 
Ambil sedikit cream dan cuci muka korang macam biasa , bilas dengan air dan keringkan 

Walaupun cuci muka ni tak mengambil masa yang lama seperti bila kita sapu pelembab ataupun serum (tanpa perlu cuci) tapi step wajib sebelum step-step seterusnya adalah cuci muka , kerana ia membersihkan liang pori kita , sel-sel kulit mati dan minyak yang menyumbat pori-pori ~ dengan cream ni ia akan menyebabkan jerawat tu segan silu nak tumbuh heh heh .. Boleh lihat kesan pantas selama 1 minggu !
( Retail Price : RM115 [15g] )




❤ SWISSVITA 3D MICRITE ALL USE EYE CREAM

Selamat tinggal mata panda dan lingkaran gelap ! Haa yang ni masalah teruk bagi aku tambah-tambah bila dah jadi Umi ni ''eyebag'' dah tak dapat di bendung dah , jika ada yang nak beli eyebag aku mohon pm tepi k haha kalau lah boleh jual kan ~ dan masalah ni memang ramai yang mengalaminya , pelajar yang selalu study lewat malam , yang bekerjaya kadang tak cukup tidur , ibu-ibu yang ada baby memang berhadapan lah dengan masalah ni .. memang tak boleh lari dah .. sobss sedey kan ! 

Jika korang dah cuba macam-macam produk tapi still tiada perubahan , aku rekemen kan Swissvita  3D Micrite All Use Eye Cream ni , aku pun dah jatuh cinta dengan eye cream ni serious best gila even sebenarnya takut juga nak pakai di kawasan mata tapi di sebabkan bahan kandungan nya pun bebas dari bahan kimia yang berbahaya why not haaa ..


This one sesuai dengan semua jenis kulit dan selamat di gunakan kerana ia non-greasy , paraben-free , fragrance-free , alcohol-free dan ia adalah water based .. Bahan utama yang ada dalam Micrite 3d All Use Eye Cream ni adalah phytonutrient AC-11 yang berasal dari herba semulajadi dari hutan amazon dan sememangnya bagus untuk pembaikan tisu kulit lebih-lebih lagi penuaan.


For the first time tengok packaging ni seperti gam UHU kan tapi packaging yang sangat bagus because it's aluminium sealed package , memang kedap udara jadi tak mudah tercemar dengan udara yang ingin masuk .. Tekstur pulak tak melekit, sebenarnya ia tak macam cream biasa tapi lebih seperti gel dan bau tidak mengganggu aku untuk setia menggunakannya .. 

Fungsi Swissvita 3d Micrite All Use Eye Cream 
  • Mengurangkan kedutan dan mencerahkan 
  • Ucapkan selamat tinggal kepada lingkaran gelap di kawasan mata 
  • Melambatkan proses penuaan 
  • Melembutkan kulit 
  • Mengurangkan eye bag 
  • Kawasan mata lebih berseri dan tak kusam lagi 


Cara penggunaan sangat mudah , hanya letak beberapa titik di kawasan mata kemudian sapu perlahan-lahan sehingga ia menyerap ke dalam kulit , aku gunakan di setiap pagi dan juga malam jadi 2 kali sehari .. Untuk pertama kali guna ia tak memberi kesan pelik atau terengsa , pedih dan lain-lain jadi ia sesuai dengan kulit aku , yeah happy me ! 


Yang sangat best adalah bila apply eye cream ni ia cepat absorb sepertimana dengan slogan nya #7secsmiracle #7secslifting , jadi dalam masa 7 saat ia memberi keajaiban haaa cenggitu uols , power tak ? Dalam masa 7 jam pulak eyebag korang akan mula berkurang dan garis - garis halus di kawasan mata akan berkurangan dalam masa 7 hari .. 

Boleh nampak kan kawasan mata aku memang mengalami eyebag dan lingkaran gelap , fuhh jenuh nak tutup dengan concealer / mekap .. huwaaa so thanx to ''all young'' because i really need this and i love it so much ! Hope aku konsisten dan dapat hilangkan lingkaran gelap tu secepatnya (maklumlah blogger always tidur lewat kan ! ) garis halus tu munkin ambil masa lama sikit sebab ia dah lama bersemadi di situ hahah , nampak naw dah tua .. isk isk isk 
( Retail Price : RM80)

Jika korang ada masalah sama yang korang nak sangat hapuskan , boleh lah cuba produk ni okay lagi pula memang terbukti berkesan dan dapat award dari :

❤ Watson's Beauty Award
❤ Oscar Beauty Award
❤ Amazon 5 Star Review


Mana nak dapatkan produk Swissvita ni ?
Available at AEON DATO ONN , JOHOR BAHRU 
Official Online Store : WWW.ALLYOUNG.MY
Other Online Store : HERMO , ZALORA & LAZADA 

TAKE NOTE :
Discount Code : RM10 discount code ⇒SWA10 (No Min Spend)
When purchase at WWW.ALLYOUNG.MY (valid untill 28/2/2018)



Menyuarakan Hati Bukan Bererti Mengeluh dan Tidak Bersyukur

$
0
0
Assalamualaikum 

Kadang-kadang ada yang salah faham bila kita menyuarakan hati , kita kata penat , mereka kata kita mengeluh .. kita kata geram dekat anak , mereka kata bersyukur lah ada anak sedangkan ramai yang meminta masih lagi tidak dapat .. haih salah kah kita menyuarakan hati ? sekadar berkata tanpa ada niat untuk mengeluh mahu pun tidak bersyukur .

Bila aku menjadi seorang ibu , selalu jugak aku meluahkan perasaan pada suami yang aku penat , kadang-kadang penat dengan dia haha , kadang - kadang penat dengan Rayyan , kadang-kadang penat jugak dengan diri sendiri , semua benda di dunia ni sangat memenatkan , lagi dewasa lagi banyak benda nak kena fikir , mula lah nak undur balik masa , tapi andainya masa dapat di undurkan mampu kah kau mengelak dari ujian ALLAH ? tidak bukan ~ 



Korang ~ andai ada yang menyuarakan hati dia , melepaskan segala perasaan dia bukan bererti dia mengeluh dan berputus asa , tapi adakalanya seseorang itu memerlukan hanya kata-kata semangat ,yang sudi mendengar luahan hati dia , yang setia mendengar setiap esak tangis nya dan pelukan yang hangat untuk menenteramkan dia bukan hanya tahu berkata ''jangan mengeluh'' kerana bukan tujuan dia untuk mengeluh atau tidak bersyukur . 

Kerana manusia itu adakalanya bersifat lemah , sekuat-kuat manusia pasti ada hari yang selama ini kuat di depan manusia lain , akan rebah juga samaada di depan Tuhan dalam diam dan di depan manusia . Aku berkata penat dengan sesuatu keadaan  bukan bermakna aku mengeluh dan tak bersyukur tapi aku hanya manusia yang lemah dan adakala tewas untuk mengawal semuanya

Aku rasa orang lain pun sama , cuma fahamilah sedetik sebelum bersuara .. kerana manusia sebegini lagi memenatkan dan merimaskan .. tak salah untuk jadi seorang yang positif di setiap detik , tapi sebelum berbicara fahami apa yang manusia lain bicarakan .. bukan tidak bersyukur jauh sekali untuk mengeluh tapi manusia tetap manusia , punya hati dan perasaan yang harus juga di luahkan :[)

Sebab tu orang kata , lebih baik berdiam diri daripada mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati ~ ye dak ? lebih-lebih lagi yang bercakap macam tiada hari esok .. :p 



Fib'Re Rose Sista Stardust | Tingkatkan Metabolisme dan Sihat dengan Fib'Re Rose

$
0
0
Assalamualaikum , sepatutnya lama dah aku consume Fib're Rose ni cuma pos laju buat hal , geram kita wak tapi takpelah walau bagaimanapun aku tetap akn kongsikan minuman botani ni kat korang semua walaupun ujian banyak , haa giteww hehe 


Fib're Rose Sista Stardust | Korang tahu tak apakah itu Sista Stardust ? Mungkin ramai yang belum tahu kan , jadi hari ni aku akan kongsikan pada korang semua .. jemput sekali akak , abang , adik , mak baca ye sebab boleh jadi ia sesuatu yang korang cari selama ini tau .. Sista Stardust sebenarnya telah mengeluarkan produk minuman botani iaitu Berries Rose , Fib're Rose dan Colla Rose yang mana menggunakan ramuan Ekstrak Kelopak Rose yang merupakan simbol kecantikan semulajadi dan aku telah mencuba sendiri Fib're Rose.

Sebelum aku consume mana-mana minuman kesihatan atau supplement , wajib tahu apa kandungan , apa khasiat dan yang pasti bebas dari bahan kimia .. take note ye semua , dan pastikan banyak minum air kosong . Alhamdulillah Fib're Rose ni mempunyai ciri-ciri yang selamat , 100% botani , halal dan lulus KKM.

Mengapa harus memilih Sista Stardust ?
♥  Ramuan Botani ♥ Ekstrak Kelopak Ros Berpaten ♥ Mempunyai Kilang Tersendiri ♥ Kilang Bertaraf GMP ♥ Kelulusan KKM ♥ Super Health Brand 


Kenapa ektraks ros (bahan paten pemutih dari Jepun No 3818483 ) jadi pilihan utama Sista Stardust ? Haaa kalau korang nak tahu rupanya banyak kelebihan ektrak ros ni kepada kesihatan dan juga kecantikan , ia di rumuskan untuk berfungsi sebagai agen kecantikan yang mempunyai 100% nutrien kecantikan kulit  semulajadi dari Jepun . Ia akan di serap melalui darah mencapai sehingga 60 trilion sel 

Bahan aktif yang terdapat dalam ektrak kelopak ros terbukti secara klinikal di Jepun untuk menunjukkan kesan anti-penuaan yang kuat , ianya banyak menarik perhatian industri komestik kerana kesan astringen (sembuh dari luka) yang mampu mengekalkan kulit putih jernih.

Fib'Re Rose 

Sila ambil perhatian pada korang yang tengah berusaha menurunkan berat badan sebab Fib're Rose memang fokus untuk korang yang alami masalah susah nak lawas , susah nak kawal selera makan dan memang azam 2018 ingin kuruskan badan haha .. bagi aku pulak azam nak ramping macam dulu oik , nampak je kurus tapi bila berjalan kena tarik nafas jugak sebab buncit tak hilang lagi ahahah syhhh :p yang paling best ia membuatkan sistem pencernaan senang gila lawas .. 


Selepas bersalin kan , sampai sekarang bila nak membuang air besar aku masih lagi bergantung pada ubat klinik , sebab dah macam tak teratur .. kadang-kadang seminggu dua tak dapat membuang air besar huhu anggaplah pengorbanan seorang ibu huwahuwahuwa tapi sampai bila nak kena bergantung dengan ubat kan ? ? jenuh mak oii ! Oh ye Fib'Re Rose ni ada 9 kelebihan yang sangat bagus 

9 Kebaikan Fib're Rose 

Meningkatkan metabolisme tubuh badan 
Membantu proses pencernaan dan sembelit 
Membuang toksin dari badan 
Mengawal selera makan 
Badan akan lebih ringan dan bertenaga 
Membakar lemak dan melangsingkan badan 
Membantu menyihatkan badan 
Mengandungi antioksida yang tinggi 
Mengempiskan perut 

Cara Pengambilan    (Sesuai Untuk Semua)

1 kotak ni ada 60 paket yang mana setiap paket (10gram) untuk 60 hari - Harga (RM150)
Korang hanya perlu mengambil 1 paket sehari dan minum sebelum tidur !



Boleh tengok video ni , cara pengambilan yang sangat mudah ! 

Hanya goncang-goncang dan minum !!
(Takde alasan susah nak sukat atau bancuh sebab tersedia shaker bila korang beli Fib're Rose ni ha)


Bahan Kandungan Fib're Rose 
Fruktosa , Serbuk Jus Oren , Maltodekstrin , Asid Citrid , Gum Akasia , Trikalsium Fosfat , Serbuk Campuran Buah dan Sayuran (Nenas , Epal , Kiwi , Markisa , Lemon , Pir , Bayam , Timun , Saderi) Serbuk Nenas , Pewarna Epal Hijau , Serbuk Buah Delima , Serbuk Lidah Buaya , Sekam Pysllium , Serbuk Jus Epal , Serbuk Senna , Ekstrak Kelopak Bunga Ros 
Apa Rasa Fib'Re Rose ?

Rasa dia sedap sangat , walaupun ada campuran sayur-sayur semua takdela rasa sayur pun , cuma warna dia je hijau macam tu kan tapi sodap banget rasa masam-masam manis , kadang rasa macam buah kiwi , buah epal haa dah campur-campur sedap pulak ! hihi seteguk minum tak sedar dah habis oik .. nasib baik sehari hanya sepaket kalau tak haaa faham-faham lah tak sompat 60 hari hihih 

Take Note : Jika anda hamil , menyusu , atau mengambil sebarang ubat sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan .

More Info :

Bengkel Fotofon KBBA 2018 | Buka Mata dan Minda Aku

$
0
0
Assalamualaikum 


Alhamdulillah , semalam dapat juga menjoinkan diri ke bengkel fotofon KBBA dengan kerjasama photoghrapher hebat dari Sony - Rahman Roslan (uols boleh google kehebatan beliau tau )  .. Aku suka bengkel macam ni sebab ilmu aku zero so apa salah nya timba ilmu lagipun semua ni FREE ,sape nak bagi kan .. tq sangat buat semua penaja - Cosmoderm , Sony , Matic yang menyediakan tempat untuk kami dan banyak lagi dan of course buat AJK KBBA yang terlibat .

Selama ni bila aku snap gambar main hentam je , orang kata ikut sedap mata memandang ~ belum masuk part warna yang menyakitkan mata , kombinasi gambar yang tak ngam , takde perpektif line ,  background yang tak sesuai dan banyak lagi .. kat google everything kita boleh dapat dengan pembacaan kan , tapi tak sama bila kita ada cikgu yang ajar dan buat praktikal haaaa lepastu bila dah tahu baru lah cakap ''oooooo macam tu rupanya'' haha .. 



Jadi aku kongsikan la sedikit sebanyak yang dapat aku dapat semalam , yang paling penting kita kena tahu basic lepas tu senang untuk kita snap gambar , tak semestinya kena ada kamera baru dapat hasil yang cun tapi guna fon pun kalau korang tahu basic dan benda-benda yang penting , orang pun tak kan percaya korang hanya snap dengan fon aje hehe .. En Rahman ni pun kebanyakan guna fon aje .. 




Benda-benda basic yang korang kena faham 

  • Aperture


  • Shutter Speed 

  • ISO / ISA 


Sesetengah fon ada manual setting untuk 3 benda kat atas ni , tapi sesetengah fon takde .. macam fon aku ipong takdek sebab ia just boleh main dengan cahaya je , kahkah sia-sia kena kecam ! suka lettew pokbeng .. so kalau korang tercari-cari handfon yang korang nak amik gambar lagi lawa , pastikan setting camera ada manual di atas yow ! tu pun kalau nak keluar dari kepompong 'auto mode' :p

Apa Yang Kena Ada Dalam Gambar ?
  • Light
  • Frame
  • Rule of third
  • Foreground
  • Reflection
  • Perspective line 


Bila cikgu tanya dalam banyak-banyak kategori ni , yang mana tak berapa tahu dan tak faham .. aku tak faham tentang perpektif line ni .. dalam tak sedar sebenarnya banyak gambar-gambar kita memang dah ada perpekstif line cuma kita je tak tahu apakah itu ia .. secara ringkasnya kalau tengok dalam gambar tu mata kita akan fokus pada satu titik point yang mana semua menghala ke arahnya .. haa paham ke tidok ? 

Maksudnya dalam sebebuah gambar tu akan ada satu titik fokus , garisan akan pergi ke arahnya tak kisah sama ada garisan lurus ata dari arah mana sekalipun .. tapi ada satu je yang di tuju hihihi ilmu baru ni , bila ada perspektif line ni gambar akan lebih menarik laaa contoh gambar bawah ni aku snap masa daki Broga , main snap je kan .. rupanya dalam gambar ni ada perspektif line .. semua menuju ke puncak sana 



Motion pulak gambar yang blur , bergerak yang tidak statik  , gambar-gambar teknik motion ni banyak memberi emosi , kalau objek dalam gambar tu takde motion kita pun tahu objek tu kaku di situ , tapi bila snap gambar tengah bergerak nampak ada permainan emosi di situ .. gituh ! 



Lepas tu kitorang buat praktikal outdoor gitu menggunakan objek produk cosmoderm , aku blur gila kalau bab snap gambar dalam masa singkat , haha idea tak datang-datang .. tahniah kak Nina dan Kak Mama Kembar sebab menang gambar trbaik .. bila semua dah submit gambar masing-masing , banyak la teknik yang salah dalam gambar-gambar yang kami snap tu haha .. kelako pun ade semalam , adehh nak tergelak balik bila ingat . 


Walaupun masa singkat tapi banyak ilmu yang dapat , bengkel pun best , santai , relax penuh dengan gelak tawa je sesekali serius haha .. tq so much En Rahman ajarkan kami semua .. alhamdulillah ilmu yang sangat bermanfaat buat blogger , lepaih ni bila nak snap gambar mesti teringat balik apa yang boleh dan apa yang tak boleh ! 

Yeah tq Ben Ashaari dan Ajk , semoga lepas ni akan ada lagi bengkel-bengkel tentang fotografi almaklumlah baru beli kamera kan kahkah .. ! 


Lastly tq pada semua penaja yang terlibat .. Sony , Cosmoderm , Matic , Cafe Cerita Kambing , KhaisyaDelite ,Tasty_bake , Irabakery , Brillpremiumcoffee , Restoran Nelayan Gombak untuk makanan yang sedap-sedap dari pagi hingga ke petang ! Terbaik ~~~~





Nurse Tanya Kenapa Tak Pegang ?

$
0
0
Assalamualaikum 

Hakak nurse ni tak tahu ke yang sebenarnya aku trauma sangat nak pegang , haha pegang apakah ? Teeeettttt ! Hihi okayla aku cerita , pada suatu pagi yang hening dah lah lupa kunci jam , husband balik bebel nape tak kunci jam , nanti ramai orang .. dush ! rilek brother , brother rilek ~ dekat je pun kita nak pegi ni .. konon-konon lah nak pergi pukul 9 pagi kan , walhal bukaknya pukul 10 ! haa awal sangat kan haha terpaksa la lepak kedai makan jap makan roti canai , ada hikmah di situ . 

Checkup Rayyan untuk umur 2 tahun kiranya last vaksin dia la .. yeahhhh ingatkan dah takde dah checkup lepas ni rupanya ada lagi huwaaaa (sampai umur berapakah kena checkup ? ) Part paling malas sebenarnya adalah menunggu dan terus menunggu , sebab tu husband kalau boleh lepas subuh dia nak pergi klinik hahah si isteri pulak memang paling lemau lah bab-bab pergi klinik ni .

Mata ketumbit :p


Perkembangan Rayyan di Usia 2 Tahun 

24 Jan hari tu , genaplah umur dia 2 tahun .. so far takde benda sangat yang membimbangkan aku sebab tengok perkembangan dia pun semua okay cuma ada jugak lah part-part merisaukan bila percakapan dia masih lagi tak banyak , maknanya ada part tak boleh sebut dengan betul , gabung ayat yang masih lagi sedikit dan adakalanya keluar bahasa German itu .

Aku ada juga bagitahu nurse semua benda yang aku risaukan ni , tapi nurse kata itu normal sebab perkembangan dia yang lain sangat helok .. ada eye contact , terima arahan dengan jelas , dan semua lah , so yess lega di situ , aku pun masa kecik lambat jugak bercakap , mak aku cakap ingatkan bisu dah .. haha kejam naw bunyiknya .. aku selalu je bercakap dengan dia , dah macam iklan ''burung apa ? burung murai ! burung apa ? burung murai ! burung apa ? burung Rayyan haha bongeknya Umi mung ni kan ..


  • Berat : 12.5 kg
  • Tinggi : 90 cm (ayoyo nak masuk tambun dah kena bayar nak oiii , cepat naw tinggi hahah ikut bapak ! )
Jadi last vaksin dia semalam okay ke tak okay ? Nangis ke tidok anak teruna ni .. seingat aku sekali je dia tak menangis bila kena inject , masa umur 1 tahun kot .. haha dan semalam nangis lah uols tapi sekejap je lah , tu pun macam letusan gunung berapi .. 

Yang nurse tanya kenapa tak pegang tu ni lah dia , kenapa tak pegang Rayyan ? bapaknya yang pegang ~ bukan sebab aku takut atau pun ngeri cuma Rayyan ni kuat lah tak mampu Umi nak pegang bila dia meronta-ronta , sebab pernah sekali tu jarum terkeluar balik tak sempat nak inject , nasib baik tak patah wooo jadi bapak dia ada silalah memikul tanggungjawab itu haha .. 




C-Trimax | Tips Kurus Tanpa Perlu Berlapar

$
0
0
Assalamualaikum .. 

Kenapa azam orang yang ingin kurus asyik gagal ? dari tahun ke tahun hingga lah tahun 2018 azam sama je kan .. haha macamana nak kurus asyik tak tahan lapar je , bersenam pun malas , pantang nampak makanan pulak tu, kan ? Bila nampak makanan sedap sikit terus cakap kat diri sendiri ''alaa cheat day lah hari ni'' padahal dalam seminggu 4 hari dah cheatday hihi jangan terasa sebab kebanyakan macam tu lah .. 

Kita manusia memang normal kan pantang nampak makanan , walaupun baru lepas bedal makanan, ya ampun macam bela saka gitu tapi bila nafsu makan korang di kawal , automatik korang tengok makanan pun dengan pandangan kosong je. Pandang pun sebelah mata je uols juai mahai tau ! Cuma jangan pulak tak makan langsung nanti tak pasal masuk hospital pulak .. 

Tips nya adalah dengan pengambilan C-Trimax , tak tahu lagi apa benda C-trimax ni ? Ramai dah bagi feedback positif dan memang repeat order je bila dah berkesan dengan mereka .. so hari ni korang dah tahu pasal ni jangan lupa cuba dan kongsikan pada kawan-kawan yang nak sangat kurus ni.


C-trimax adalah satu produk kurus tanpa rasa lapar , mungkin korang pernah cuba produk lain tapi still rasa lapar dan kecundang akhirnya kan , ianya boleh membuang segala toksin di dalam badan secara natural dan mencairkan lemak , korang akan nampak kesan yang lebih ketara bila di selang selikan juga dengan senaman .. Yang penting kena minum banyak air sebab C-Trimax ni akan membuatkan rasa haus .. jangan malas sangat nak minum air k :p 

Kelebihan C-Trimax

  • Menghalang pembentukan lemak 
  • Mengawal berat badan 
  • Mengurangkan dan mengawal selera makan 
  • Menambah tenaga 
  • Melancarkan dan membaikpulih peredaran darah 
  • Membuang toksin dalam badan 
  • Mengawal kolesterol


    Yang paling best , C-trimax ni tak membuatkan aku cirit - birit , sebab sesetengah produk kurus memang toilet tempat pertama pergi selepas minum , nampak tak kelebihan C-trimax lain dari lain kan ? Aku dah memang kurus tapi bila aku baca ada part mampu membuang selulit dan cuci sisa lama dalam usus tu , terus rasa wow itu pun boleh so aiols cuba jugak sambil membuat misi untuk menguruskan suami juga .. !





    Cara pengambilan C-trimax :

    → Sekotak ada 15 Sachet
    → Bancuhkan 1 Sachet bersama 150ml air biasa
    → 1 Sachet sehari, minum selepas sarapan 
    → Bagi berat 100kg = 3 sachet sehari pada waktu pagi , petang dan malam 
    → Bagi berat 70kg = 2 sachet sehari



    Apa rasa C-trimax ni ?

    Rasa nya sedap sangat , masam-masam manis buah tau sebab semua kandungan nya dari ektrak buah - passion fruit powder , mix fruits powder , Roselle powder , Guarana extract , Grape fruit exctract , Citric Asid dan Fructose .

    Sebab tak lama lagi bulan puasa akan tiba , aku rasa memang wajib ada produk C-trimax ni untuk bulan puasa nanti , amalkan lepas makan di waktu sahur  dan minum air secukupnya sebab C-trimax ni memang kurangkan nafsu makan , lepas tu beri tenaga lebih-lebih lagi yang sibuk bekerja .. Jika sebelum ni kita makan nasi siap bertambah , tapi dengan pengambilan C-trimax ni jumlah makanan yang di suap akan berkurang jadi korang takkan terpedaya lagi dengan nafsu makan yang membuak-buak tu ..

    Jadi korang yang mana sibuk bekerja , azam kurus belum lagi tercapai tu boleh cuba tau .. Nanti kena bawak ke tahun hadapan pulak azam tuh hihihi .. nakkan sesuatu tu kena la usaha ye dak , kalau duk goyang kaki tanpa buat apa - apa makin berlemak pulak hehehehe .. nak tahu lebih lanjut , follow facebook / instagram C-trimax di info bawah ni okay :)


    More Info :
    IG : www.instagram.com/ctrimaxhq
    Contact No : 010-3300886

    Take note : tidak sesuai untuk wanita mengandung  

    Sambut Birthday di Restoran Cheese Banjir Desa Pandan , Cheras

    $
    0
    0
    Assalamualaikum .. 

    Dah masuk Februari baru dapat mengupdate sambutan hari lahir untuk budak-budak Jan ni ha , untunglah ayah dan anak sama bulan , Umi kena cari gigirl lah ni untuk bulan Jun nanti haha . Alkisahnya sambut hari lahir husband , Rayyan dan www.yanty.my , alang-alang sama bulan sambil berjimba dengan diorang .. hurmm lama jugak la tak jumpa tu pun still tak cukup korum , kak Fiza sobsss nak jumpa Noah ! hehe 

    Fikir punya fikir , mana nak sambut hari lahir depa ni , so terbayang-bayang Meatza dalam kepala hotak , akhirnya buat keputusan kita pegi Cheese Banjir meleleh-leleh gitu , geram je aku tengok makanan-makanan yang ada di Cheese Banjir ni hoi , cheese dia meleleh-leleh tu yang mengundang nafsu dan of course nak cuba Meatza ! Yeah tercapai tak makan meatza neh .. ?

    Singgah Bakeri RAK di Bukit Beruntung sat untuk beli kek , eh sambut birthday memang kena ada kek ke ? haha sukahati :p
    Gerak dari rumah lepas Zohor sebab paling jauh dari Cheese Banjir kena gerak awal haaa tapi orang jauh yang sampai dulu nih , eh nak kena babab nih :p.. Sambil-sambil tu tengok persekitaran kedai sangat santai dan relax , mula-mula masuk ada beberapa pelanggan tengah menjamu selera , tak lama tu eh makin ramai pulak yang datang , nasib baik dah reserve tempat awal-awal .. tq so much Abg Mamu tapi takde jodoh nak jumpa .. next time inshaaAllah :)




    Kemudian sampai lah ahli-ahli mesyuarat tingkap haha , tq Kaksue , Abe Eddie , Ty , Fida , Abe Que dan Cikma sudi datang jugak walaupun sendiri bayar haha dapat banje kek je dan tq Kaksue sponsor Pavlova mix fruit dan Lemon , akhirnya yeahh menjadi jugak dan sedap sangat yang perisa Lemon sebab lain dari pavlova lain .. Sangat sesuai di gabungkan manis dan masam hohoho chaiyok2 kaksue  
    Seriously sedap gila weh , kalau korang nak order boleh buat tempahan di whatsapp : 0179397536 , cod Putrajaya dan sekitar sahaja
    Selamat hari lahir yang dah lepas buat husband , Rayyan dan Ty .. semoga kalian panjang umur , di perluaskan rezeki , di lindungi Allah selalu ... :) tq for everything selama kita bersama .. dah tua-tua ni jangan perasan muda lagi ahaks .. Rayyan takpe , dia je di benarkan muda :p


    Lupa pulak minah ni tengah berdiet sakan dan join JK1M hahaha nasiblah sis kena bahan dengan kitorang , redha je lah yang pasti baguih dia ni tabahkan diri , jiwa kental menahan nafsu makan yang bergelora ahaks .. semoga cepat - cepat kurus lah ye , sebab saya nak tuntut janji kfry chicken nanti oikk

    Acah-acah malu padahal bila nampak henfon lupa Umi terus , tq Rayyan kerana always behave .. good boy !



    OMG tak dapat nak handel dua anak-anak ini kalian , macamana nak bagi adik kat Rayyan ni haha .. sian Humaira baru bagun tido so mood dia masih ke laut lagi
    Haaa jeles letewww ~
    Jadi anak yang berguna di dunia dan akhirat anakku , jangan lupakan pengorbanan orang tua Umi , ai is sebak sebab tak sangka akan melalui juga fasa keibu bapaan ni , yaAllah semoga kami dapat mendidik Rayyan dengan cara dan jalan yang betul , lindungilah Rayyan dari apapun musibah .. Umi dan Abah sayang Rayyan ketat-ketat tau !


    Mana nak sambut birthday di area Cheras ? 

    Korang kalau tak tahu mana nak sambut birthday , boleh je sambut di Restoran Cheese Banjir Desa Pandan Cheras ni , tempat pun relax dan santai .. makan pulak cheese tarik , meatza dan banyak lagi makanan best-best kat sini tau ~ yang pasti sangat sedap ! OH YE pada korang yang tak boleh lari dari nasi haha jangan risau ada asam pedas memang kaw betul wei , tapi kena tahan pedas lah kalau tak nangis huuuuu .. pedas yang sedap lah ~ tengoklah antara menu-menu yang kami makan , sowi aku dah lupa nama makanan-makanan ni semua ~

    Sambil menunggu makanan tiba , korang di sediakan keropok moni.. sambil2 bermesyuarat tingkat tak sedor dah licin haaa






    Asam pedas ni , satu mangkuk boleh kongsi dua orang sebenanrnya sebab portion dia besar dan banyak jugak weh , melainkan kau memang sejenis yang makan banyak hihi
     MEATZA di RESTORAN CHEESE BANJIR , SEDAP KE ???

    Okay menu ni aku nak cuba sangat , nama pun agak unik dan menggiurkan .. aku order untuk personal (4slices) tapi boleh makan dalam 3 orang sebab Meatza ni tebal gila daging dia , memang mengenyangkan lah wei korang .. Sedap ke tak ? mestilah sedap sebab tu berbaloi datang sini .. Jangan lupa tau order dan cuba sendiri Meatza bila datang di Cheese Banjir Desa Pandan Cheras ni tau .. bawak family , anak bini semua pakat try rasa haa githewwww


    Last but not least , marilah kita bergambar kenang-kenangan di sini sebagai satu memori agar nanti bila di hari tua kita dapat mengenang kembali waktu-waktu kita bersama .. tq korang :) just take care walau di mana pun korang berada .. love u guys , kak Fiza also , blogger friend yang dah lama bersemadi dalam hati ni .. kadang gaduh , kadang terasa hati , tapi tu biasa dalam persahabatan hope yang buruk-buruk kita lempar jauh .. sebab kenangan manis dah banyak kita ukir bersama .. :)
     


    Kesian ~ terpinggir hahah


    Paling lama tak jumpa Abe la kot .. nanti kitorang p sana , inshaaAllah kami melawat rumah baru abe haha jangan lupa air kosong je untuk Ty ok !



    Alamat : Lot G10 , G ,Jalan 1/76 Desa Pandan , 55100 Kuala Lumpur 
    Sebelah Shellout (waze je cheese banjir )
    Waktu Perniagaan : 10.30 am - 10.30 pm setiap hari 

    Parking : Boleh parking depan area kedai atau basement (sejam pertama percuma) kedua dan seterusnya RM1

    Bare For Bare Bodycare Set | Rosemary Relaxing and Hydrating Body Wash and Lotion

    $
    0
    0
    Assalamualaikum ~ 

    Bare for Bare Body Care Set | Baru-baru ni aku telah mencuba dua produk dari jenama Bare for Bare dalam penjagaan diri iaitu Rosemary Body Wash dan Rosemary Lotion . First  mencuba body care set yang lain dari yang lain dari segi bau , feel , dan ketenangan yang di peroleh bila menggunanya , terasa diri berada dalam spa gitu .. Mungkin ada yang belum tahu tentang Bare for Bare produk ni kan , so jom kita rungkai haaa dah macam misteri nusantara heheh


    Bare for Bare ni sebenarnya inspired & design in Singapore yang memanfaatkan kebaikan-kebaikan alam semulajadi tulen dan organik .. selama berabad-abad formula botani banyak menyembuhkan pelbagai penyakit dan juga meningkatkan mood , thats why Bare for Bare mengambil pendekatan alam semulajadi kerana percaya ia mampu memberi kekuatan penyembuhan , so it is a Botanical Home Spa !
    Oh ye sekarang , Bare for Bare dah bertapak di Malaysia tau , last nanti aku share di mana korang boleh dapatkan produk ni , okay ? Sabar jap dan teruskan membaca hehe .. Bila bercerita tentang alam semulajadi ni , ia sememangnya organik dan bebas dari Paraben , aku percaya ia mampu memberi si pemakai berasa lebih tenang dan selamat di samping memberi kelebihan kepada kulit .. 

    Hadir dalam 4 variasi :
    💛 Rosemary
    💛 Lemongrass & Ginger 
    💛 Bergamot & Geranium 
    💛 Green Tea

    Bau lotion dan bodywash ni lain dari yang biasa aku pakai , dan tak pernah lagi cuba produk yang ada ektrak Rosemary dan juga tak tahu macamana bau dan rasa nya sebelum ni .. so bau nya lebih kurang macam minyak essential ,uols know kan  minyak ni bukanlah wangi sangat kan tapi ia mampu bagi kita rasa relax , tenang , cool gitu ..Bagus untuk aku yang cepat stress dan masuk umur 30 an ni kan ~

    Rosemary Relaxing and Hydrating Body Wash 

    Oh ye aku betul-betul suka dengan packaging produk ni sebab ia nampak classy dan eklusif juga di datangkan dengan 2 saiz iaitu 300 ml dan 500 ml , jadi aku punya ni adalah 300ml .. kecil , sederhana tak memberatkan beg untuk di bawa ke mana pun .. 

    Apa sebenarnya kegunaan Rosemary ni ? Selain dari campuran 100 peratus ektraks botani , Rosemary dapat mencegah kerosakan kulit dan memberi penyembuhan dengan menghilang bakteria dan kulat , selain tu dapat mengunci kelembapan kulit selama 24 jam , melegakan ketegangan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat . 


    Bestnya walaupun beberapa jam selepas mandi , bauan yang menenangkan tu masih ada dan terasa sangat segar , ia memang tak memberi kesan berangin atau pun sejuk tapi bauan tu aku sangat impress lah , walaupun guna satu pam je dan yes kulit terasa lembab sepanjang hari .. Lagi best , lepas mandi apply pula lotion ~
     
    Teksturnya sangat ok ,  guna sedikit / satu pam tu pun dah cukup memadai 

    Rosemary Relaxing & Hydrating lotion 

    Kelebihan lotion ni sama juga macam body wash tadi , dapat  mencegah kerosakan kulit dan memberi penyembuhan dengan menghilang bakteria dan kulat , selain tu dapat mengunci kelembapan kulit selama 24 jam , melegakan ketegangan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat 


    💜 100% botanical extract 
    💜 Infused with pure essential oil 
    💜 Paraben Free 
    💜 24 hours moisture lock 
    💜 Halal certified 
    💜 Alcohol free
    💜 SLES free
    💜 Colourant free

     Tekstur losyen ni sangat lah tidak melekit dan sangat cepat meresap ke dalam kulit tapi ia tidak mengeringkan tau , bila aku sentuh pun terasa lembut dan lembab .. 

    Selain dari body care set ni , Bare for Bare juga ada produk - produk lain yang sangat bagus yang korang boleh pilih seperti :

    💚 Body Lotion Collection 
    💚 Body Wash Collection
    💚 Body Scrub 
    💚 Body Care Set
    💚 Hair Syampoo Collection
    💚 Hair Conditioner Collection
    💚 Hair Care Set
     

    Mana Nak Dapat kan Bare for Bare Produk ni ?



    Okay , korang tak perlu susah-susah nak beli dari Singapore .. Boleh dapatkan di :

    Local ecommerce marketplaces
    💚 LAZADA (http://www.lazada.com.my/shop/ecobliss
    💚 SHOPEE (https://shopee.com.my/shop/15927978/)
    💚 11 STREET (http://www.11street.my/store/bare)

    Official Website

    Worldwide delivery
    www.bareforbare.com


    Official Facebook Page (International)
    https://www.facebook.com/bare4bare/


    Official Facebook Page (Taiwan)
    https://www.facebook.com/bare4bare/tw


    Instagram
    https://www.instagram.com/bareforbare/


    Physical Outlets: 


    Available in Parkson PLAY UP Advance Fahrenheit88
    Available in SASA Outlet (Malaysia)
    -Sasa outlets (26 outlets throughout Malaysia



    Tahniah Me'nate Steak Hub !

    $
    0
    0
    Assalamualaikum .. holla guys !

    First of all , tq Me'nate Steak Hub menjemput #kelabbloggerbenashaari dalam sidang sesi beramah mesra bersama media dalam  meraikan kejayaan pihak pengurusan Place Butcher Resource yang merangkul dua anugerah berprestij yang di terima baru-baru ini di Selangor dan Kuala Lumpur.


    Memang patut lah Me'nate Steak Hub ni dapat anugerah sebab kualiti daging yang ada di sini memang berkualiti tinggi tau korang  dan di import dari Australia , New Zealand dan Amerika Syarikat .. Alhamdulillah dapat jugak merasa daging Me'nate ni hihi kenyang sampai ke malam , dan yang selalu menjadi rating tertinggi kat sini adalah daging Wagyu.. Kenapa ? haaa tu nanti uols  datang cuba sendiri k ..

    Jadi tahniah kepada Me'nate Steak Hub untuk 2 anugerah berprestij iaitu
    • Malaysia International Business Awards 2017 - Excellence In Western Steak House - Anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor pada Dis 2017
    • The Brandlaureate Best Brand in F&B - Steak House 2017-2018 - Anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF) 

    Sambil - sambil mendengar sesi Q&A , sambil-sambil mengunyah , kat sini menunya bukan hanya ada daging tau , ada menu-menu lain macam kat bawah ni haaaa , semua makanan sedap weh .. Dalam masa 3 tahun Palace Butcher Resource menambah lagi 3 cawangan dan semuanya terletak di sekitar kawasan Lembah Klang dan Selangor - Ampang Jaya , Setapak , Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. 





    Sempat lah sis tinjau-tinjau sikit apa yang ada dalam Me'nate Steak Hub ni , bagi korang yang tak pernah  datang dan nak merasa tapi tak tahu macamana nak order ke apa kan (macam aku ni jakun sikit ) 

    Konsep sini unik dan berbeza  dari restoren stik yang lain , korang boleh pilih daging yang dah siap di potong ( harga semua dah ada , just pilih mengikut kemampuan ) , dan bila dah di masak tiada cas tambahan untuk itu.. Hanya bayar harga daging tu je lah , boleh di bawa pulang atau makan di restoran . Best kan ! 



    Orang kata tak mampu nak makan kat sini sebab harga nya boleh cecah ribu-ribu , nampak tak tu harganya Rm56 je kan .. Tak semua daging kat sini mahal sebab ada harga serendah RM50 ++ sebab tu boleh pilih mengikut kemampuan .. okay ? harap boleh ubah dah pemikiran itu dan jangan lupa belanja aku :p


    Syarikat Palace Butcher juga menubuhkan Central Butchery sendiri untuk memotong , mengedar dan membekalkan daging mentah ke cawangan Me'nate Steak Hub yang lain , sempat lah sis menyibuk kat sini hehe dan tengok sendiri cara pemotongan dan penyimpanan , memang terjaga dan thorbaikk !

    Nah , jemput tengok lunch kami di Me'nate Steak Hub Setapak ni , korang kena cuba tau sekali sekala belanja orang-orang tersayang .. Yang tak minat daging tu pun boleh makan kat sini sebab ada ikan , ayam , udang kara , pasta dan banyak lagi lah haaa .. tq Me'nate ! Dah lama tak makan ramai-ramai dengan blogger kesayangan tuan hamba ni .. perut kenyang hati pun manyak gumbira .. 






    Aku dulu selalu tertanya-tanya apa maksud Me'nate ni .. sebab aku orang pantai timur , negeri aku Menate maksudnya binatang , kalau brgaduh biasa orang akan sebut menate mu ! Haha bukan nak cakap kasar okay , cuba untuk terangkan je :p .. so Me'nate ni ni maksudnya Men Ate , orang yang suka makan daging , bila di ubah dan olah jadi lah Me'nate .. Unik kan ? Lastly , jangan lupa datang di sini dan rasai sendiri sekurangnya sekali seumur hidup ahaks .. okay tq for reading ! 

    Semoga terus maju jaya Me'nate Steak Hub dan banyak lagi cawangan di negeri-negeri lain .. yeahhh!!
    P/s : selain daging , aku suka pasta dan sup tu , yaAllah sedap gilos .. masih terasa kenikmatan itu .. ok bye ❤️

    HanaTajuddin Basic Tee 2.0 | Tshirt Muslimah Yang Tak Perlu Iron

    $
    0
    0
    Assalamualaikum , 

    Seingat aku dah lama aku tak memakai pakaian yang agak kecik dan singkat hiks , Alhamdulillah makin berumur ni makin sedor diri ye ni pun aura positif dari kawan-kawan juga .. ada orang pernah kata ''Bila kita dah selesa dengan pakaian longgar , dan bila kita pakai pakaian ketat rasa macam orang pandang pelik je dan sumpah tak selesa '' .. dan sekarang aku setuju dengan kata-kata itu .

    Tapi aku memang cerewet gila nak pilih baju , ada yang dah berkenan tapi lengan pulak 3 suku (seorang manusia yang masih lagi rimas pakai handsock - hopefully one day) , ada pulak yang lengan panjang , cutting elok tapi singkat nampak punggung .. haishhh ! Suami bila nampak baju atas punggung memang dia akan suruh tukar ahaha padan muka kan , sehinggalah aku cuba HanaTajuddin Basic Tee 2.0 , t-shirt muslimah yang selama ni aku inginkan.

    http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/

    Bila Basic Tee HanaTajuddin ni sampai di rumah , terus test pakai dan aku memilih saiz S (paling kecil) .. Sebenarnya risau jugak sebab kebiasaanya selalu baju aku saiz XS so takut gedobos pulak , tapi alhamdulillah seriously aku selesa sangat pakai , saiz pun nampak cantik terletak dan sopan je , tetiba rasa macam perempuan melayu terakhir haha .. Banyak kelebihan yang aku nak kongsikan tentang Basic Tee HanaTajuddin ni ..Baca tau !


    T-shirt Muslimah Yang Tak Perlu Iron 

    Yang ni aku paling suka , tak perlu gosok/iron heheh benda yang paling malas untuk di buat sebenarnya , kadang bila nak keluar ke mana-mana , husband pesan awal-awal gosok je terus di malam hari , so esoknya takde la kelam kabut .. tapi aku ni asal malam je mengantok haha , HanaTajuddin Basic Tee 2.0 ni memang tak perlu gosok pun korang , so orang takkan tegur ''eh kau tak gosok baju ke'' sebab tak nampak sangat pun kedutan tu .. Masih lagi nampak bergaya dan terurus ..



    http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/ 
    First OOTD , aku padankan dengan Pallazzo dan shawl berwarna Nude / Cream .. nasib baik masuk dengan warna ni .. cantik tak ? hiks 

    Material  kain Yang Tebal , Menyerap Peluh dan Strechable

    Material kain HanaTajuddin Basic Tee 2.0 adalah kain cotton yang sangat selesa dan berleher bulat tau korang , satu lagi yang buatkan aku susah nak cari tshirt muslimah sebab kebanyakan baju sangat nipis , labuh dah okay tapi kain pulak nipis , adohaa stresss kan .. Nak cari baju pun sampai nak nangis hahaha marilah kita berhuhu tapi Basic Tee HanaTajuddin ni tebal dan tak panas , so tak perlu dah nak pakai baju kat dalam / singlet .. Walaupun berada di tengah panas , memang tak nampak bayangan mahupun apa-apa yang ada di dalam ehehehe


    http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/
    Walaupun material agak tebal sebenarnya ia jenis kain yang sejuk so takde lah rasa macam panas gila walaupun berada di terik mentari macam gambar aku ni haaaa , gigih tau snap tengah panas heee tapi sebenarnya aku suka lepak di empangan ni makan aiskrim ! wuuu sempat lagi .. Walaupun berpeluh kain ni memang menyerap peluh dengan baik tapi tak nampak kesan peluh pun di baju ..

    http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/

    Aku suka dengan cutting baju ni , walaupun straight tapi ada potongan di bahagian tepi , nampak simple but nice kan .. Bila tengok dari jauh seperti memakai baju blause tapi sebenanrya t-shirt je , kadang-kadang bila keluar rumah aku sukakan sesuatu yang simple macam ni , tak perlu gosok , tak panas , labuh tapi still nampak bergaya dan sesuai nak pergi ke mana-mana .. 

    Oh yaaa , di bahagian lengan baju , di sebabkan ia bukan cutting fit jadi tidak memberi masalah untuk membuat apa-apa aktiviti seperti bersenam , riadah dan sebagainya , nak ambil wuduk pun senang boleh lipat baju hingga ke siku sebab Basic Tee HanaTajuddin ni mampu di regangkan / stretchable 


    Baju Labuh Yang Menutup Pinggul 

    Betul ke tutup pinggul ? Yeah Basic Tee HanaTajuddin ni memang labuhnya menutup pinggul , nampak kan dari belakang panjang baju ni hingga ke peha .. Bagi aku yang kurus kering dan tinggi 158cm kalau pakai baju labuh sangat bawah lutut macam papan playwood weh , leper semacam je haha so labuh macam ni dah cun dah , tutup bahagian penting , bila berjalan selesa sikit takde orang nak usha-usha kikiki
     
    Bila usha web Hanatajuddin , berkenan lah pulak dengan warna pink lembut weh , mesti cantik bila padankan dengan jeans biru lembut kan ? Banyak lagi warna-warna yang menarik selain dari warna kod Gold yang aku pakai ni , tapi warna ni more to brown / ala-ala mustard sikit ..  Korang p la sana tengok di web HanaTajuddin , selain dari basic tee ni banyak lagi baju yang lawa-lawa , dan aku terpikat jugak dengan Pallazzo diorang , macam cun je ! nak kene rembat satu ni .. Harga pun boleh tahan murah 

    Baju ni kan memang sesuai korang nak pergi mana-mana aktiviti pun tau , boleh jadi kan sebagai baju semi kasual sebab nampak sopan je kan , untuk pergi riadah petang-petang bawak anak ke taman , pakai untuk pergi jogging , aktiviti sukaneka dan apa - apa pun haaa sesuai je uolsss .. 

    Bagi korang yang sedang cari baju untuk family day atau cikgu - cikgu yang ada masalah untuk cari baju sukan haaa sangat sesuai Basic Tee HanaTajuddin ni tau , ada pelbagai warna dan juga saiz .. Bila berfamily day atau bersukan mesti ada macam-macam aktiviti kan ? Apa tunggu lagi cepat-cepat order okay !
    http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/

    http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/
    Cuti CNY hari tu , suami ajak pergi berkelah ke Chamang , dah alang-alang berkelah wajiblah mandi dan aku memakai Basic Tee HanaTajuddin ni , walaupun tebal nasib baik tidak terasa berat sangat then kuranglah sikit rasa sejuk tu , yang penting tak nampak seksi siksa hihihi 

    If korang nak cuba sendiri koleksi baju dari HanaTajuddin ni , boleh cuba sendiri di :

    Alamat MINISHOWROOM
    HANATAJUDDIN
    C-23-1 , Jalan Serai Wangi L/16L , Sek 16  Alam Avenue 2 ,
    40200 Shah Alam , Selangor
    Tel : +603-55240841
    Open : Everyday , 9.00am - 6.00 pm

    Instagram : @HanaTajuddin


    Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

    $
    0
    0

    KUALA LUMPUR, 21 FEB 2018 - Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

    “Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

    Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

    Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:


    *Sila rujuk infografik dilampirkan

    Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 



    Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 



    Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

    KFC Chizza Chicken X Pizza | Sedap ke Chizza ni ?

    $
    0
    0
    Assalamualaikum ~ 

    Serabut pulak bila iklan KFC lalu lalang di tv , asal iklan je nampak KFC asal KFC nampak iklan .. sebab tu kena dapatkan jugak haha sebab setiap kali iklan duk asyik fikir sedap ke menu baru KFC Chizza ni .. kebiasaannya iklan over dari rasa , over jugak dari segi saiz nya haha always tertipu tapi pada masa yang sama beli jugak hahah 


    Jadi semalam aku order jugak Chizza ni secara online je , by the way lama dah jugak tak makan kfc sebab dah boring tak tahu nak makan apa ~ dan semalam husband takde jadi sifat malas menguasai diri untuk tidak memasak heheh .. so order set Chizza , set burger , dan ala - carte yang lain untuk Rayyan .. dia suka yang cheese bulat-bulat tu padahal agak masin jugak lah 


    Sedap ke Chizza ?

    Bila dah sampai order terus terkam Chizza ni dulu , pertama kali rasa Chizza ni rasa dia macam Hawaian Pizza sebab ada kombinasi dengan nenas , so rasa juicy masam manis macam tu ..cuma yang ada hanya sekeping ayam lepas tu letak cheese dan sos , macam spaghetti sos pun ada hahaha so sedap ke idok ? nak kata tak sedap langsung tu tak jugak , bagi aku biasa-biasa je rasa dia .. takdelah ''WOW'' sangat cuma bolehlah lain dari yang lain  tekak boleh terima.

    Lidah aku okay , kau kata tak sedap tapi lidah aku tak rasa apa .. haha so try lah jugak kot kempunan ..boleh lah kalau dah takde benda nak makan ..asyik ayam je boring jugak .. tapi takdelah rasa tahap menyesal bila makan Chizza ni , ia mengenyangkan jugak cuma kalau letak cheeze dan sos banyak sikit mungkin lagi sedap hohoho .. ai bagi 3.5/5 bintang sebab size dia tak besar sangat dan cheese sikit.




    Korang kalau nak try , try je tak payah ikut cakap orang haha , aku try je sebab aku nak rasa sendiri .. lain lidah lain rasanya .. kalau pergi KFC lagi aku akan order lagi ke tak ? bila tengok menu-menu yang ada di KFC yang lain macam dah biasa sangat so why not !  heheh  aku sekarang pantang nampak makanan weh hahaha okey adios ! Harga Chizza ni ala carte di jual dengan harga RM7.90 je so beraloi lah dengan rasa tu .

    Cara Meningkatkan Selera Makan Anak - Anak dengan Bonnisan Himalaya

    $
    0
    0
    Assalamualaikum .. 

     
    Kali ni aku nak cerita tentang perkembangan berat Rayyan  , dulu masa baby setiap bulan mesti berat badan dia naik 1 kg , umur 9 bulan 9kg , 10 bulan 10kg tapi lepas umur setahun lebih berat badan dia dah makin kurang maksudnya berat badan dia naik sikit-sikit je .. sekarang umur dia 2 tahun 2 bulan dengan berat 12.6kg je .. 

    Benda ni bukan aku je di lema , tapi sebenarnya ramai jugak ibu bapa yang lain alami masalah sama , risau anak makin membesar ni makin kurang selera makan , macam Rayyan anak aku dia kurang gemar makan nasi , kadang hanya ratah lauk je .. haihhh , orang kata biasa / normal sebab budak-budak makin lasak tapi takkan nak biar je kan ?


     

    Aku pernah tanya di facebook , apa vitamin best untuk Rayyan sekurang-kurangnya dalam sehari tu selera la jugak dia nak makan , rupanya ramai juga sama situasi dengan aku .. hihihi stress pulak kan , memang dah lama la aku survey vitamin yang bagus untuk Rayyan , sekarang memang banyak brand-brand bagus tapi nak tahu serasi ke tak kena cuba satu-satu lah ye .. Untuk pertama kali , aku cuba Bonnisan dari Himalaya .  



    Bila dah nama nya survey , memang aku survey habis-habisan la testimoni parents lain yang pernah guna , so nampak semua bagi feedback positif .. Sebenarnya aku tak mengharapkan Rayyan akan makan banyak tapi sekurang-kurangnya dia akan makan dalam kuantiti yang mengenyangkan , semua zat dia dapat dengan cukup .. Bab buah takde hal , sebab Rayyan memang suka makan buah-buahan 

    Okey berbalik pada Bonissan , aku dah cuba untuk Rayyan seminggu .. Dalam masa seminggu ni tak nampak perubahan yang ketara sangat tapi ada ketika memang dia makan macam dah lama tak makan (nak kata kebulur kan macam kejam haha ) 


    Biasa aku akan tanya dia:

    ''Rayyan nak nasik ke nak susu ?'' , dulu jawapan dia ''nak susu'' tapi lepas amalkan Bonnisan ni '' dia nak nasi '' beberapa kali jugak dia tolak susu sebab dah kenyang mungkin .. Best kan bila tengok anak makan dari kebiasaan , takdela Umi risau sangat .. walaupun masih lagi belum ketara tapi perubahan tu ada , mungkin dalam beberapa bulan selera dia akan lagi meningkat sebab lain budak lain perubahannya kan ..

    Khasiat Bonnisan Himalaya 

    💜 Berguna untuk rawatan gangguan gastrousus usus kanak-kanak seperti sakit perut kolik , diarhoea , kurang minat dalam makanan dan kembung perut
    💜  Melegakan kejang otot di sebabkan sakit kolik dan memerangi jangkitan kronik 
    💜  Meningkatkan penghadaman dan metabolisme kanak-kanak 
    💜  Meransang selera makan 
    💜  Bahan kandungan yang selamat dan halal 

    Cara Penggunaan Bonnisan Himalaya :

     
    Take Note : 
    Anak umur 1 tahun : 2 sudu teh 
    Anak umur 2 tahun :  2 - 3 sudu teh 
    (untuk 3-4 kali sehari selepas makan)

    *Goncang dulu sebelum minum , simpan di tempat kering .. tak perlu letak dalam peti sejuk*


    Rayyan boleh telan tak Bonissan ni ? Rayyan ni sejenis makhluk yang suka sangat minum ubat so far tiada masalah sebab ubat kan rasa manis-manis , tapi Bonnisan ni rasa dia manis-manis dan ada rasa mint / berangin , nasib baik dia boleh terima dengan rasa Bonnisan ni .. aku pun rasa jugak sebelum bagi kat anak , sedap la jugak hehehe by the way orang dewasa pun boleh minum ..


    Bahan kandungan Bonnisan ni korang boleh tengok dalam gambar atas , semua bahan kandungan selamat untuk anak-anak kecik 

    Baru amalkan seminggu dah boleh nampak kesan , so aku akan tetap amalkan hingga Rayyan betul-betul berselera , hehe bagi korang yang tengah confuse gila nak pilih yang mana , aku syorkan cuba Bonnisan Himalaya .. Yeah kita sebagai mak pak always nak berikan yang terbaik untuk anak kan so ini pilihan terbaik untuk Rayyan , mana tahu bila korang cuba itu juga yang terbaik untuk anak-anak korang hehe 


    Mana nak dapatkan produk Bonnisan Himalaya ni ?

    Korang boleh dapatkan di farmasi dan juga butik Himalaya yang terdekat , atau boleh juga beli secara online di instagram dan facebook Himalaya Healthcare okay . 

    More Info : 

    Ais Kepal Milo Viral | Sedap ke Tak Sedap?

    $
    0
    0
    Assalamualaikum , 

    Tiba-tiba macam trending pulak ais kepal milo ni kan ? Aku tahu kewujudan ais kepal milo ni melalui siaran Majalah 3 yang bertempat di Kuala Kangsar , Perak , Kedai Ais Kepal Milo Tok Abah .. Bila tengok tu memang teringin pulak nak cuba tapi Kuala Kangsar jauh jugak lah kalau nak pergi semata-mata untuk ais kepal milo tu kan .. 

    Kedai Milo Kepal Tok Abah Kuala Kangsar 
    Alamat: Jalan Kangsar (berhadapan Farmasi Epal Jaya, Bangunan MARA), Kuala Kangsar, Perak

    Memang ramai gila yang beratur sebab nak beli milo kepal tok abah ni , bayangkanlah kedai belum buka lagi dah panjang gila beratur , siap ada yang bawak mangkuk sendiri sebab boleh isi banyak-banyak .. wow penangan betul sampai dah trending dan viral .. Bahan-bahan ais yang di kisar halus macam ABC tu , milo dan susu .. Nampak macam biasa je kan ?

    Dan baru-baru ni aku pergi ke Sekinchan saja lepak tengok pemandangan sawah padi , tenang je rasa dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa , kemudian dah lama lepak kat situ , masa dalam perjalanan pulang aku nampak ada satu kedai jual ais kepal milo viral ni , jadi apa lagi wajib lah cuba , nak tahu apa yang sedap nya ais kepal milo ni haaa sampai viral serata negeri ..

    Ais Kepal Milo -RM4.00
    -
    Ais kisar halus di campur dengan pekatan milo dan susu , ni aku req yang biasa je , topping lagi milo dan kacang

    Tapi makanan manis ni haa kena jugak jaga - jaga lah ye , makan hari-hari nanti kang kena potong kaki , boleh lihat piramid pengambilan makanan secara seimbang di sini https://www.eratuku.com/piramid-makanan-malaysia-makanan-berkhasiat-dan-seimbang/

    Sedap ke Tak Ais Kepal Milo ?

    sumber : google 

    Sebab aku dah rasa sendiri ais kepal milo ni so boleh lah aku share pengalaman sendiri ye , ermm rasa nya not bad sebab ais kisar ni lambat cair , kemudian milo dan susu memang pekat kaw-kaw punya , pastu topping lagi dengan milo dan kacang . Bila tambah kacang-kacang tu lagi rasa sedap dan bila makan tu rasa kruk krak tapi bila cair takde beza bila buat milo ais yang pekat hehehe cuma aku boleh cakap berbaloi jugak la beli , lagi-lagi cuaca sangat hot sekarang .

    Jadi korang bila lagi nak cuba ????

    Sekinchan Selangor |Lokasi Photoshoot di Dalam Sawah Padi

    $
    0
    0
    Assalamualaikum 


    Sebenarnya dah lama aku nak datang ke sini , Sekinchan Selangor sebab nak bergambar dalam sawah padi je hahah macam lah orang KL yang tak pernah tengok sawah padi kan , tapi tu lah aku ni orang kampung yang dah lama tak merasa nikmat berada dalam sawah padi , cari siput , memancing ikan di tali air , mandi dalam tali air dan banyak lagi .. 

    Bila datang kat Sekinchan ni , tengok pemandangan indah sawah padi , tetiba terimbau balik kenangan masa budak-budak , walaupun sebenarnya aku dah tak berapa ingat tapi paling aku suka adalah kutip siput sawah then mak aku buat masak lamak daun kaduk , OMG rindu gila masakan tu , sedap woih ! Dulu masa aku budak-budak suka lepak rumah mok (nenek aku) kawan dengan sepupu2 laki , ikut depa mandi tali air lepas tu balik kena marah hahah padan muka ~ 

    Tapi bila dah makin meningkat dewasa , masing-masing pun dah makin segan nak rapat-rapat macam dulu .. yeahhh sebab tu rindu zaman budak-budak .. pedulik apa kau laki ke apa kan haha 


    Aktiviti aku dengan husband dan Rayyan macam ni la , bila husband cuti dan rasa boring gila duk kat rumah (kalau takde aktiviti masak-masak bersama buat kek ke apa ke ) , mesti search tempat-tempat menarik kat google (tapi yang dekat2 je la) plan last minute pastu keluar lah , ikut lah pegi mana pun asalkan keluar haha hirup udara segar pun jadilah ..Husband aku ada jugak tanya ''takpe ke kita selalu keluar dekat-dekat kadang balik hari je'' , jenis aku senang je , bawak keluar jalan-jalan , ada makanan , amik gambar aku cantik-cantik (nak letak kat ig haha ) mood ok ai is happy haha .. 

    Kadang-kadang dalam hidup ni , perbuatan yang simple pun sangat sweet dah sebenarnya , tak perlu nak tunggu jadi kaya baru rasa nak hiburkan hati isteri dan anak .. kadang-kadang bawak pergi tempat jauh sikit je dari rumah , happy-happy , gurau senda gelak ketawa pun dah ok dari tak buat apa-apa kan ... Sekurangnya ada kenangan tercipta antara kita sekeluarga .. Lebih-lebih lagi si kecik tu haaa haha inshaaAllah ada rezeki kita p lah mana nak p pun , asalkan perut kenyang suka hati hahah


    So apa yang best di Sekinchan ni ? Banyak jugak tempat menarik di Sekinchan ni cuma tak sempat nak pergi semua .. Kat sini ada Padi Box if korang nak bermalam di kawasan sawah padi ni , mana tahu acah-acah membawa diri hehe , lepak petang kat sini sangat best , sebab tenang je dengan angin sepoi-sepoi bahasa , pemandangan semua hijau then banyak burung-burung bangau duk terbang sana sini  .. Bila perhatikan semua jadi macam ralit tau hihi rasa selesa dan tenang je..

    Jika nak bergambar / photoshoot kahwin atau pape je lah , cantik sangat kat sini , masa aku pergi hari tu padi tak berapa panjang lagi (haa camne nak cakap ek ) kira masih baru lagi laaa tapi dah cukup cantik dah untuk bergambar dan menyaksikan pemandangan indah ni .. Lagipun takde orang nak marah atau kacau melainkan kau pergi berenang dalam padi-padi ni haha keje gila tu 



    For the first time lah Rayyan tengok padi kan .. excited ? Nampak muka blur je mula-mula tapi aku tahu dia geram je nak masuk dalam parit tu hoi .. Umi nak bergambar duk risau dia p terjun dalam parit tu huh then lama-lama mula lah tak nak naik kereta , duk berlari-lari atas jalan raya , sebab sini memang jalan kosong lah tak banyak kereta lalu lalang .. 

    Lepast tu kami pergi ke Pantai Redang , dekat - dekat je la dengan kawasan sini .. tapi kami tak berapa nak suka sangat lepak situ sebab banyak betul anjing duk berkeliaran huhuhu (penakut) walaupun mungkin lah anjing tu tak kacau orang tapi still rasa macam tak berapa selesa .. :p peaceee 

    Mentarang Bakar di Sekinchan 

    Sepanjang jalan kat sini kan , rata-rata banyak kedai / pondok yang jual sejenis haiwan bernama Mentarang ni .. Aku rasa macam pernah dengar sebab tak silap pernah masuk dalam Majalah 3.. Alang-alang dah lapar , husband ajak cuba Mentarang Bakar dengan satu kedai ni , macam-macam masakan yang boleh di buat , cuma kami nak rasa yang di bakar .. Agak-agak sedap tak ? hahah 
    Ni lah rupa Mentarang yang sudah di bakar , macam kerang rupanya cuma agak panjang sikit .. So ni first time aku cuba okay , sedap ? Hahah tengok reaksi husband macam muka toyaaa je (macam nak muntah) rasa dia dengan aku tak berapa ON , dia ada rasa macam etok sikit tapi etok tu kan kecik , bila makan takdela rasa pelik or hanyir sangat .. tapi Mentarang ni rasa dia agak hanyir , uwerkk lepas tu isi dia macam geli sikit hahahaha ~ so i reject dan makan dengan penuh paksaan ! Tapi mungkin bila di buat masakan atau celup tepung rasa tu sedap la kot .. heheh


    Hati Berbicara :

    Itu sahaja cerita yang dapat aku coretkan , kalau nak tahu tempat-tempat menarik di Sekinchan ni sila lah google ya .. so next aku nak cerita naik kabel car ke Genting .. Dapatkah si gayat ini menaiki kabel car ? haha stay tune ! tq husband menggembirakan hati isteri dan anak hehehe lebiyu always auch !
     

    Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland

    $
    0
    0
    Assalamualaikum 

    Fuh baru berkesempatan nak update entry tentang cuti-cuti bujet 2018 ke Genting Highland . Seingat aku dah lama gila tak datang ke Genting Highland ni , rasanya sebelum kahwin lagi .. Waktu tu memang meriah gila kat sini , ada patung dinasour , taman tema indoor dan outdoor dan cuaca sejuk sangat waktu tu , memang best la tapi sekarang segala taman tema masih lagi belum siap sepenuhnya

    Sebab utama aku datang sini adalah bila husband cerita tentang kawan dia pergi Genting naik cable car , haaa lepas tu terus excited nak try juga sebab sebelum ni aku tak tahu pun kewujudan cable car ni haha maklum lah tak terasa pun nak pergi Genting , then terus search bagaimana cara nak ke Genting dengan cable car ni 


    Search punya search terjumpa dua tempat , Genting Cable Car dan juga Awana SkyWay , confuse pulak nak naik yang mana satu , tapi rupa-rupanya Genting Cable Car dah lama tutup dan di ganti dengan Awana SkyWay yang terletak di Genting Premium Outlet (GPO) , so korang boleh parking kereta di GPO dan naik tingkat paling atas sekali untuk naik cable car ni , parking kereta kat sini murah je . Korang boleh pilih sama ada nak park dalam GPO atau parking luar. 

    Excitednya nak naik cable car ni woih , walaupun sebenarnya aku ni gayat jugak , Rayyan pun sebenarnya gayat juga tapi aku harap dia okay okay je  , tapi sebelum naik sempat lagi fikiran jahat aku duk merapu dalam kepala otak kot - kot jadi macam di Langkawi hari tu , dush ! Terus tampar diri sendiri .. haha InshaaAllah selamat , baca doa banyak-banyak heee

    Let's Go !
    Tak susah pun nak cari stesen cable car ni , merata signboard tunjuk hehe so mudah sangat , konfirm tak sesat punya .. Kat sini nanti kita turun balik untuk cuci mata k , kita naik cable car dulu ke Genting World , harga terbaru untuk naik cable car murah sangat uols dari korang pergi dengan kereta tu haa , save minyak kereta , dapat pula pengalaman naik cable car , anak-anak pun mesti happy 



    Macamana nak beli tiket ? Mudah sangat dengan teknologi moden sekarang ni ye , ada beberapa kiosk tiket layan diri kat sini .. Tak reti ? alahai semua step dah ada situ , sangat mudah ! If masukkan duit dalam jumlah besar pun mesin ni tak telan duit uols , baki akan di pulangkan .. Dont worry :p


      Harga tiket AwanaSky 2018 untuk dewasa dan jugak kanak -kanak : RM8.00 seorang
    Jika anak - anak 90cm ke bawah , FREE je so hari tu kitorang beli terus tiket pergi dan balik , semuanya RM16.00 - Rayyan free of charge , tinggi dia ngam-ngam 90cm hihi
     Oh ye ada satu cable car lagi RM50 , tapi yang tu lantai cermin kaca , so korang boleh nampak terus la ke bawah ~ weh tobat taknak , cable car biasa pun kecut urat kentut haha


    Cable car ni akan selalu bergerak walaupun korang nak masuk , tapi tak payah lah takut atau pun risau sangat , gerakan tu macam slow motion je dan ada pengawal yang jaga kat sini . Keselamatan sangat di titikberatkan .. Memandangkan kitorang datang awal pagi , memang syok la sebab tak perlu bersesak atau ramai-ramai dalam cable car ni , hari tu aku , suami , Rayyan dan satu penumpang lain .. cishkek sempat gak dia naik sama haha 

    Pemandangan waktu pagi memang kabus tebal betoi , tak berapa nampak sangat .. Haa si suami pulak suka menyakat eee geram pulak aku , lepastu tetiba muncul cable car dari arah sana haha kalau ada background music seram memang terkucil la , tapi sebenarnya biasa je ni , sebab pernah naik cable car yang kat China tu lagi teruk hoi aku naik tutup mata , dengan pintu nya takde , macam naik buaian atas langit haha yang tu takut teruk .. !

    Rayyan macam biasa lah dia , nasib baik tak nangis nangis cable car sebab dia tak nampak ke bawah , pernah aku bawak dia naik roller coaster punyalah mengamuk takut haha bukan roller coaster yang laju pun tapi okaylah good boy ! 

    Dalam perjalanan ni ada satu lagi stesen yang korang boleh turun , mana lah tahu nak jalan-jalan ke kan iaitu Chin Swee Station , kat sini ada temple .. sejenis aku pulak kelam kabut , ingat kan dah sampai punyalah siap sedia nak turun haha gelabah biawak sangat mok mung ni Umi ! 

    So kalau korang nak tanya tentang theme park indoor dan outdoor dah bukak belum , memang tak bukak lagi uols . Tengok gambar kat bawah ni haaa progress yang tengah berlaku sekarang . Tak tahu lah ni bila akan siap , nampak macam gempak ooo .. Orang kata hujung tahun 2018 akan siap , tak tau lah tu camno heheh 




    Arrived ! 

    Akhirnya sampai sudah , dalam 10 - 15 je ke atas puncak ni , terus masuk dalam shopping mall baru ni - Sky Avenue , so far kat sini aku just jalan-jalan window shopping je , if nak dapat harga murah baiklah korang shopping di GPO , sebab GPO ni harga lebih murah dari tempat lain .. Kedai-kedai makanan kat sini pun banyak tapi kalau korang kaya bolehlah makan , aku cuti-cuti bujet siap bawak bekal hahah , roti pastry biasa pun dalam 8hinggit sebiji uols , mari lah kita berhuhuhu ~
      


    Berbanding dengan dulu , banyak gila perubahan di Genting ni ek , cuaca pun tak berapa sejuk sangat even aku pergi belum waktu tengahari .. Memang rasa sejuk tu tapi tak sampai tahap kena pakai sweater . Aku pakaikan sweater untuk Rayyan kot-kot dia sejuk haha tapi takpelah kedinginan tu tetap ada .. Nape ek macam tu ? sebab hutan dah banyak kena cantas yek .. 

    So yeah tercapai misi nak naik cable car , even takde benda nak di teroka sangat sebab theme park semua off but its okay la untuk merasa pengalaman naik cable car , sambil-sambil tu boleh amik-amik gambar . Masa aku pergi hari tu ada persembahan dragon sempena raya cina , dah boring apa semua kitorang pun turun balik ke GPO .. 


    Bila dah masuk waktu tengahari sikit , kabus pun dah mula hilang , baru lah nampak clear sikit sekeliling .. Aku tak tengok kat bawah pun hihi , so jom kita lepak di GPO pulak yeah ~
    GPO ni aku pernah pergi sekali di Johor , memang harga boleh dapat lagi murah , sebab pernah beli Vitoria Secret harga memang berbaloi .. Kat sini takde apa pun beli sebab niat pun bukan nak datang shopping hihi saje jalan-jalan di tempat sejuk .. So if korang memang kaki shopping datang lah kat sini okay .. 

     Ada jugak playground untuk budak-budak 

     Acah-acah di oversea lah sat ~ 



    Hati Berbicara :

    Alhamdulillah dapat pengalaman baru , next nak pergi mana pulak ye haha .. amboi ~ so korang jangan lupa rasai sendiri pengalaman naik cable car AwanaSky ok .. 





    99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam

    $
    0
    0
    Assalamualaikum 


    99 Wonderland Park | Taman Rekreasi Baru di Tasik Sri Murni , Selayang. Bila husband ajak berjalan , aku ON je haha so kali ni aku nak share cuti-cuti bujet di 99 Wonderland Park , kenapa aku kata bujet ? Sebab masuk sini tak perlu bayar tiket , ianya percuma sehingga 14 April 2018 bagi semua pemegang MyKad . Meh tengok apa yang best di sini . 

     

    Sebenarnya aku baru tahu kewujudan Taman Wonderland 99 ni , tu pun husband yang bagitahu , terus google cari info dan baca apa yang best di sini  , lepas tu bila tengok gambar-gambar menarik yang orang lain kongsikan , terpegun pulak tengok keindahan lampu led yang di pasang di waktu malam . Memang cantik sangat .. so apa lagi , terus plan ke sini . 

    Sebelum tu plan nak datang ke sini hari Ahad , tapi bila fikir-fikir balik mesti ramai gila sebab orang tak kerja , its weekend ! Jadi terus ubah fikiran untuk datang pada hari isnin , konon nak gerak awal sebab katanya parking sangat limited , tapi rupa-rupanya datang hari isnin weh ramai gila so parking kereta tepi jalan je , mungkin sebab orang dah mula cuti sekolah tu yang berduyun-duyun manusia weh ~


    Jadi apa yang best di 99 Wonderland Park ni ? Untuk pengetahuan korang , dulu kawasan ni adalah sebuah kolam tadahan yang terbiar , so projek ni memakan masa selama 2 tahun untuk siap dengan kos sebanyak 18 Juta , gulp ! telan air liur dengar kos nya .. Jom tengok apa yang ada dan aktiviti apa yang boleh di buat di 99 Wonderland Park ni 

    Bagi aku yang dah pergi dan merasai sndiri pengalaman datang ke sini , tempat ni luas juga tapi jangan terlalu meletak harapan yang terlalu tinggi lah ye , cuma untuk santai-santai lepak , bawa anak mengenali haiwan dan menggembirakan mereka should be okay sebab anak aku nampak gembira dan tak meragam nak balik heheh 

    • 99 Cruise Ride 
    Waktu aku pergi tempoh hari , tak dapat nak naik bot sebab not available lagi . Lagipun ramai betul manusia yang datang hari tu dan aku tengok ada sebuah je bot even berulang-ulang kemungkinan menunggu tu mungkin agak lama , nanti ada penambahan lah kot kan ..


    •  Mini Zoo
    Mini zoo kat sini ada pelbagai jenis spesies burung seperti Flamingo , Burung Unta , Burung Kakak Tua dan lain-lain , ada juga spesies rusa , arnab dan sebagainya







    • Zodiak Zon 
    Zodiak zon ni ada patung replika binatang yang ada dalam tahun cina , contoh nya ada harimau , ular , kerbau dan lain-lain lagi , boleh lah bergambar sambil anak-anak belajar nama-nama binatang :p





    Abah ~ nak naik kerbau !


    • Golden Waterfall
    Di dinding ni terdapat air yang mengalir , dan bawahnya ada kolam dan juga ikan tapi aku ternampak ikan tu macam tak berapa sihat je , sebab tengok mata macam mengerikan huhuhu ..


    • Kolam Itik 
    Kat sini selain dari spesies burung , ada juga itik dan juga ayam sedang bermandi manda di tasik ni haaaa .. 

    • T-Rex Ring 
    Kat sini ada beberapa ekor dinasour , ada yang besar dan juga yang kecil .. Apa dinasour ni buat ? haha ada lah bunyi-bunyian dinasour ni mengaum kalau korang kacau dia :p




    • Miracle Bridge 
    Ada port-port untuk korang kunci mangga cinta , mangga kawan , dan apa sahaja la macam di Korea tu haa , tapi hari tu aku tak jumpa pulak kat mana nak kena beli mangga2 ni semua .. so tak terkunci cinta kat sini heheh



    • Kemudahan yang ada kat sini , ada kios-kios yang menjual minuman , dan food truck .. Datang sini konfirm lapar punya lah sebab kawasan ni agak luas jugak untuk berjalan-jalan .. Harga not bad lah , boleh lah untuk mengisi perut kelaparan 
    • Kemudahan toilet dan juga surau ada di sini - agak kecil untuk menampung orang ramai so terpaksa menunggu agak lama .

    Pemandangan Indah di Waktu Malam di 99 Wonderland Park 

    Bila dah makin senja , lampu-lampu pun mula di pasang . Kat sini waktu malam memang cantik sebab semua di letakkan lampu-lampu led , dari pokok , pagar-pagar di atas jambatan , semua lah memang di penuhi lampu led so memang cantik lah 









    Hati Berbicara :
    Berbaloi tak datang sini ? Bila anak gembira semuanya berbaloi , lagi pula free so berbaloi lah haha , tak tahu lah harga tiket ni nanti berapa , so sementara free hingga 13 April nanti datang lah kat sini yeeeee , cuti-cuti sekolah tak tahu nak pergi mana , sini okay jugak .. just kempunan tak dapat naik bot huwa-huwaa papepun mungkin nanti banyak lagi penambah baikan yang akan di buat .. :)


    Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari

    $
    0
    0
    Assalamualaikum 

    Jerawat ? Ewwww , hehe hari ni aku nak share satu produk yang bagus untuk menghilangkan jerawat , untuk kondisi muka aku sebenarnya aku tidak mengalami masalah jerawat yang teruk , tapi pada bulan-bulan tertentu jerawat tu akan hadir , kadang-kadang jerawat ni kan berkait rapat sangat dengan keadaan hormon kita ye .. Walaupun timbul sebiji dua , rasa macam mencacatkan muka je sobssss , dah la datang tanpa di undang lepas tu meninggalkan kesan parut pulak ! Siapa je tak stress kan ?


    Tapi sesetengah yang mengalami masalah jerawat ni suka sangat picit-picit ! Pantang betul kalau orang suka picit-picit jerawat ni , sebab kuman tu akan merebak ke tempat lain pula . Sebab tu aku tak pernah picit jerawat melainkan biar dia mengeras dan hilang sendiri .. If korang mengalami masalah jerawat yang teruk ataupun selalu singgah di wajah , aku suggest korang cuba Eucerin ProAcne A.I. Clearing Treatment.


    Apa Kelebihan Eucerin ProAcne ni ?
    Ia sebenarnya memang dah di uji khas  untuk membersihkan liang pori yang tersumbat , mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat dan juga mengekalkan kelembapan kulit sebab ia mempunyai 


    💛 10% Hydroxy Complex , kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik) , BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit , membersihkan pori , mengurangkan bakteria penyebab jerawat dan meninggalkan sisa kulit mati 
    💛 Licochalcone A , bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah 
    💛 Dexpantheol , yang terhasil dari vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar

    Cara Penggunaan EucerinProAcne 
    Korang sebaiknya menggunakan pada waktu malam , sekali sehari . Caranya amik sedikit kemudian urut perlahan di wajah korang . Tekstur nya tak melekit langsung bila di apply pada wajah dan cepat meresap , muka pun jadi lembut dan bau wangi.  


     

    Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari je !

    Yang bestnya bila baca review orang lain tentang Eucerin ProAcne ni , semua bagi kesan yang positif lebih-lebih lagi katanya perubahan berlaku dalam masa 2 minggu sahaja , dan mengambil masa hanya 8 minggu untuk mendapatkan kulit yang mulus , Eucerin ni bukan hanya boleh rawat jerawat je , tapi dalam masa yang sama masalah bintik hitam , bintik putih di wajah juga dapat di atasi ~ 



    Contest Cabaran Bebas Jerawat dalam Masa 14 Hari .
    Disebabkan review yang sangat positif pihak Eucerin tengah mengadakan contest dan hadiah pun lumayan tau korang ! Cara nya pun sangat mudah , hanya 2 langkah 
    1. Ambil gambar kulit korang pada hari pertama dan hari ke - 14 selepas penggunaan selama 14 hari
    2. Poskan gambar sebelum dan selepas korang , dan kongsikan di laman facebook dengan hashtag #EucerinProAcne 
    (Hadiah utama akan memenangi produk Eucerin bernilai RM5000 , tempat ke dua akan memenangi produk  Eucerin bernilai RM2000 dan 5 pemenang bertuah akan memenangi produk Eucerin bernilai RM1000 setiap seorang

    Sahut Cabaran Eucerin ! 

    Dah alang-alang kan , haruslah masuk jugak contest dari Eucerin ni , so far pengalaman aku sendiri bila mencuba produk EucerinProAcne ni , aku suka dengan tekstur dia sebab tak melekit langsung walapun warna dia sangat sesuatu haha gurau je :p , bila sapu ke seluruh wajah cepat meresap dan terasa kulit wajah lebih lembut , apply sedikit pun dah cukup memadai 


     Sebelum dan selepas penggunaan Eucerin , jerawat dah takde tanpa meninggalkan parut , yeahh ! Bagus sangat produk ni korang .

    Kebetulan hari tu , ada seketul jerawat naik di tepi hidung , so terus apply produk Eucerin ni . Jerawat memang cepat kecut dalam masa 3 hari je hingga ia betul-betul hilang , memang suggest sangat untuk korang cuba cuma dalam waktu yang sama aku nak hilangkan bintik putih dan hitam yang ada ni haa ~ so far alhamdulillah dalam masa 14 hari boleh nampak perubahan yang berlaku , tq so much EucerinProAcne ! 


    Selain dari EucerinProAcne ni korang boleh dapatkan juga pencuci muka , pelembab , skrub , serum dan pelembab siang , korang boleh dapatkan di seluruh farmasi yang terdekat dengan harga yang di syorkan iaitu RM62 , dan kini tersedia dalam packaging baru 




    Untuk Maklumat Lanjut :
      



    Dashing Sport | Untukmu Wahai Lelaki Aktif

    $
    0
    0
    Assalamualaikum .. 

    Holla lelaki-lelaki maskulin , hehe maskulin tapi kalau tak berapa nak wangi perempuann tak mau dekat tau :p , jadi kali ni aku nak share  eau de toilette dan deodorant yang memang menggegarkan jiwa raga dengan bauan nya , fuh ! Tak lain tak bukan jenama yang memang semua orang tahu , iaitu DASHING .
    Bagi peminat tegar Dashing , berita best buat kalian sebab Dashing telah mengeluarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif , iaitu Dashing Sport . Bestnya jadi lelaki aktif , siap ada wangian khas lagi haaa , so Dashing Sport ni memang memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan wangian dan deodorant yang segar , maskulin dan sesuai dengan kehidupan aktifnya


    Jika korang rasa bermasalah untuk mengatasi masalah bau badan sebab always aktif dalam kehidupan seharian , Dashing Sport ni pilihan yang bijak untuk korang semua kerana ia mempunyai aura keyakinan dan sifat maskulin namun masih mengekalkan ciri-ciri moden , ia juga mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma sporty dan gaya ranggi


    Untuk aku sebagai perempuan , wajib lah ada minyak wangi dan juga deodoran . Dua benda ni ibarat isi dan kuku , so bagi lelaki aku rasa dua benda ni pun sangat penting kan sebab deodorant dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala minyak wangi pula memberikan wangian yang tahan lama dan segar sepanjang hari . Oleh sebab itu dua benda ni penting tapi jangan tersalah pilih yang tidak tahan lama dan membantu 

    Untuk pengetahuan korang , sekarang yang sudah ada di pasaran adalah Dashing MCFC Ultimate Kick dan Hattrick (warna biru dan hitam) , kali ni 2 variasi baru ialah Hitman (warna hijau) dan Golden Boot (warna kuning) yang terdiri daripada deodoran semburan badan dan Eau De Toilette 

    Semburan deodoran Dashing Sport bukan sahaja memberi perlindungan selama 24 jam tapi juga memberi manfaat 6 dalam 1 yang berkesan mencegah bau badan , ia juga mengandungi anti bakteria , formula cepat kering , tidak meninggalkan kesan di pakaian dan kulit , serta memberi haruman dan kesegaran berpanjangan
    • Dashing Sport Hitman 

      Hitman di cipta untuk lelaki aktif yang selalu bersedia untuk ke mana sahaja , dengan aroma Citrus dan Ice Cucumber , di ikuti dengan Sichuan Pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood menjadikan daya tarikan  yang sememangnya meningkatkan keyakinan diri setiap lelaki aktif 
      • Dashing Golden Boot 

        Aroma Golden Boot pula lebih ke arah wangian Musky dan menggoda , aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai , manakala kombinasi Kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelakian maskulin yang memukau  dan tidak dapat di lupakan , wow ! bahaya ni duduk dekat-dekat haha takut tergoda pulak nanti :p


        Nanti jangan lupa dapatkan edisi terhad Dashing Sport ni okay di pasaran dengan harga yang sangat berbaloi iaitu RM12.90 untuk deodoran semburan 125ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette .


        Yeah dah ada 3 koleksi Dashing untuk husband , kadang-kadang aku pun terguna jugak , opss ! 

        Summer & Peach | Bralette Berjenama dari Seluruh Dunia

        $
        0
        0
        Holla  girls ! Jom gossip-gossip tentang kecantikan dalaman hari ni haaa , hari tu ada buat sedikit survey di facebook untuk mengetahui sejauh mana kaum hawa ni tahu jenis-jenis pakaian dalam yang mereka sendiri pakai , so kebanyakannya tak semua tahu bra ni banyak jenis dan fungsi , termasuk qaseh sendiri haha .. Selama ni qaseh fikir , bra ni semua sama sehinggalah ada anak ni baru tahu kewujudan ''bf bra'' dan yang paling loser adalah bra jenis bralette , wow apakah itu bralette girls ?

        Tapi bila lelaki komen bra pun ada boyfriend ~ haha so funnieh men !  ''bf'' stand for breastfeeding bra okay , tapi qaseh tahu lelaki tu pura-pura naif , coz uols know lelaki lagi power bab ni right ? ha ha ha



        Apa itu ''Bralette'' ?

        Bralette ni dalam kategori  bra yang jenis tiada kawat / wire dan padding yang tidak terlalu tebal dan juga tiada padding , kualiti bralette ni pun di buat dari bahan yang lembut , lace , jaring dan sebagainya ..Ianya juga adalah fashionable innerwear yang lebih classy dan banyak design yang menarik dan lebih sexy . Bagi budaya barat , bralette ni jadi sebahagian dari fesyen mereka cuma untuk malay people ada batasan juga dalam berfesyen , tunjuk kat suami je tau :p

        Tapi kadang-kadang tak tahu nak dapatkan di mana kan ? So hari ni qaseh nak share tentang satu website online yang menjual bralette yang sangat cantik dengan design mewah dari pelusuk dunia , kat sini korang boleh dapatkan pelbagai pilihan bralette dan of course lah qaseh pun dapatkan juga untuk diri sendiri di www.summerandpeach.com


        Summer & Peach merupakan kedai online pertama di Malaysia yang menjual bralette yang berjenama dari seluruh dunia . Summer & Peach membawa jenama mewah dari New York , Italy , Eropah dan lain-lain , dan setiap design yang di berikan adalah ''homemade'' yang berkualiti tinggi ,so mereka memfokuskan bralette yang tidak mempunyai wayar tapi memeluk lengkungan semulajadi kaum hawa dengan selesa
        Korang boleh pilih pelbagai design bralette sama ada yang padded/unpadded , konfirm jatuh cinta , selain tu terdapat juga bralette untuk ibu mengandung , aksesori bra , panty liner , premium sanitary pad , pms starter kit dan banyak lagi di www.summerandpeach.com , check it out ok !
          Sebab rambang mata rasa macam nak beli semua , akhirnya qaseh memilih Luna Padded handmade with 💓 by Lilly Daes , dan di padankan dengan Stardust Panty .OMG so sexy :p

         
        Design cantik sangat , tetiba rasa sayang pulak nak pakai heheh , okay rasanya tak salah kot qaseh nak share dengan korang semua betapa selesanya memakai Luna Padded Bralette ni . Bila mencuba bralette ni memang berbeza sangat dengan bra jenis lain yang qaseh selalu pakai untuk harian lebih-lebih lagi push up bra , sebab push up bra dengan kata mudahnya ''span je lebih'' so fake dan sangat tak selesa sebab ia menolak breast untuk up , mendada sangat uols , tapi bralette ni akan buatkan kita jadi diri sendiri , pakai sesuatu yang mengikut ukuran natural apa yang kita miliki ..


        Di bahagian belakang , ada satu cangkuk je but dont worry because  bralette ni sangat  elastik so ia tetap mengikut lengkungan breast kita walaupun tiada wire untuk memberi sokongan . Satu lagi kan bila pakai bralette ni rasa macam lebih perempuan je hahaha (sebab bila pakai bf bra macam mak-mak)  , terasa aura lembut seorang wanita , yakin , selesa , jadi diri sendiri , konfiden dan of course nampak lebih seksi tapi still lah rasa malu nak pakai depan husband kahkah what the heck kan ! *okay , abaikan  *


        Stardust panty - bila dah pakai bralette mesti lah nak juga match-match gitu kan haa , comel je .. so korang boleh juga beli satu set terus , lagi jimat dan berbaloi . Tak sesuai lah uols dah pakai bralette takkan tak nak matching dengan panty berlace jugak kan , this one also super comfortable dan cantik design nya ! Okay mungkin ada yang tertanya , tak gatal ke sebab kain lace ? serius tak rasa gatal langsung sebab lace ni berkualiti kainnya ye sayang-sayang

        Jika korang fikir cili itu sangat HOT , bralette ni MORE HOT tau .. 

        Secara ringkasnya banyak kelebihan bralette ni yang korang kena tahu  :
        • Selesa - bra yang tidak ada cup dan wire sangat selesa sebab ia tidak menyakitkan dan terasa ketat , so breast lebih mudah bernafas dan bebas bergerak tanpa rasa tertekan
        • Trendy - untuk yang berani , boleh di gayakan bersama kemeja nipis , atau blazer sebagai fashion
        • Tidak Panas - Bila berada di luar dan berpeluh kadang-kadang sangat tidak selesa kan , then mula la rasa rimas , dengan cuaca yang panas , bralette tidak membuatkan korang berpeluh
        • Sesuai untuk menyusu - walaupun bralette ni bukan bf bra , tapi senang untuk menyusu sebab tiada cup / wire , dengan kata lain mudah nak selak

        Selain dari bralette , Summer&peach juga terdapat maternity bra , shorts , croptops , panties , loungewear dan juga aksesori - bra , sanitary pad , panty liner dan banyak lagi lah . Korang usha sendiri okay , tapi qaseh tertarik dengan PMS starter kit sebab complete satu set lengkap dan sangat-sangat penting bila datang period



        PMS starter kit ni selain untuk kegunaan sendiri , rasanya sangat-sangat sesuai untuk di jadikan hadiah kepada kawan perempuan / bff korang sebab memang setiap perempuan akan mengalami period kan , so hadiah sebegini pun mampu membuat kawan korang rasa terharu dan lebih di sayangi .. thanx to me later sebab bagi idea bijak ni kan haaa why not haaaa 


        Apa yang terkandung dalam PMS starter kit ni ?

        💛 1 x PMS Leakproof Basic Panties 3-Packs (Boleh pilih saiz sendiri )

        💛 1 x Beboldz 1-Month Premium Sanitary Pads

        💛 1 x Beboldz Premium Panty Liners

        💛 1 x Happy Tummy Warm Pouch

         PMS Leakproof Basic Panties 3-Packs


        Istimewanya leakproof panties ni , korang dah boleh ucap selamat tinggal kepada kebocoran bila period dan juga lepas bersalin , sebab seluar dalam ni mempunyai lapisan kalis air dari depan , belakang hingga ke pinggang ,so bila bocor lapisan tu menyerap . Kadang-kadang hari pertama dan kedua memang sangat banyak pengeluaran yang berlaku right , kita pun tak terjangka kebocoran akan berlaku jadi seluar dalam ni akan menyelamatkan kita semua yeahh ! Kualiti kain pun sangat best yang bersifat hypoallergenic yang mana akan membuat kan kita selesa , kering dan sejuk sepanjang hari ~ 


         
        Tertarik sangat dengan Beboldz Premium sanitary pads ni , sebab ia di rumus khas di Korea dengan teknologi dan kualiti yang tinggi , Be Bolds mempunyai jalur anti bakteria yang biasanya memang kita tidak akan jumpa di mana-mana kedai , dengan segala ciri-ciri premium yang ada pada pad ni terasa di jaga dan dilindungi sepenuhnya di waktu period so korang jangan risau masalah kebocoran , gatal , ketidakselesaan dan jangkitan bakteria dapat di atasi ~

         Kelebihan Be Boldz Premium Sanitary Pad 
        • Anti bakteria dengan 7 lapisan perlindungan 
        • Bebas dari fragrance & bleach 
        • Teknologi Anti-Leak untuk penjagaan di waktu malam 
        • 5x penyerapan untuk kesegaran sepanjang PMS
        • Kualiti bahan dari kapas yang berpremium 
        Beboldz Premium Panty Liners


        Selain dari sanitary pad , Be Boldz juga tersedia dengan panty liner , sangat memerlukan juga bagi wanita yang mana bermasalah dalam keputihan , seeloknya cari lah panty liner yang sesuai supaya tidak timbul masalah lain , Be Boldz Panty Liner juga banyak kelebihan untuk kita

        5 Kelebihan Panty Liner Be Bolds 

        • 5 lapisan perlindungan ultra 
        • Anti bakteria dan menghilangkan bau 
        • Anti keradangan & bleach free
        • 5x penyerapan untuk kesegaran 
        • Material dari bahan kapas yang berpremium tinggi 


        Happy Tummy Warm Pouch

        Qaseh bukan dalam kategori hardcore period pain tapi dalam waktu period ni memang sangat memerlukan air suam , ais takkan minum sebab ia memang akan menyebabkan kesakitan ! Bila tengok Happy Tummy Warm Pouch ni , terus terjerit dalam hati , aaaa i really need this ! First impression sebab ia warna pink dan comel haha tapi serious korang wajib ada nidi waktu PMS , ia lebih kurang macam tungku tapi mudah di bawa dan di gunakan

        Caranya mudah sangat , hanya masukkan air suam dalam ni , ia boleh bertahan selama 1 jam .

        So girls , jom ubah apa yang biasa kita pakai dengan sesuatu yang lebih menyelesakan , lebih-lebih lagi bila berada di rumah , kita bebas memakai apa sahaja kan  tapi dalam masa yang sama ia akan membuatkan kita lebih cantik dan menghargai diri sendiri .. Orang kata kat rumah kena cantik-cantik nak pikat suami , qaseh rasa dengan bralette ni korang akan jadi perempuan yang tercantik untuk suami korang.. auchh so sweet !

        TQ so much Summer&Peach kerana membuat sesuatu untuk kami wanita , terasa lebih di hargai
        ''For Women , By Women With 💗

        More info :
        Website : www.summerandpeach.com
        Facebook : www.facebook.com/summerandpeach/
        Instagram : www.instagram.com/summerandpeach/
        Viewing all 755 articles
        Browse latest View live