Quantcast
Channel: Qaseh Dalia's Blog
Viewing all 755 articles
Browse latest View live

Review Lawak Ke Der 3 2013 di Istana Budaya

$
0
0
Assalamualaikum 

Semalam qaseh dan kelab blogger ben ashaari telah menggegar ISTANA BUDAYA untuk menonton persembahan LAWAK KE DER 3 , yang diarahkan oleh HANS ISAAC , oooemmmgeee hensem gila tengok beliau semalam , LAWAK KE DER MUSIM KE-3 beb ! apa barang tengok tb , live la baru syiok , tapi ramai tanya lawak kerr tanpa JOZAN? semestinya lawak gila B**** haha , see tak berenti nak gelak, memang berbaloii 


     


LAWAK KE DER MUSIM KE 3 
BERTEMPAT DI PANGGUNG SARI , ISTANA BUDAYA
4-8 DISEMBER , 8.30 MALAM 
HARGA TIKET DAN UTK TEMPAHAN SILA KE WEB http://www.ticket2u.biz[KLIK]
cumanya 6disember dalam slot bahasa English 


First time qaseh gegar Panggung Seri Istana Budaya , sangat berterima kasih kpd bro framestone yang sudi bagi tiket free di bawah tajaan #escnow ,so semalam adalah malam pertama bagi LKD3, Hans Isaac memilih NABIL sebagai hos dan pelakon2 yg membuat persembahan kali ni , JAMBU , DOUGLAS LIM dan juga HARITH ISKANDAR 

sepadan kan kami , HANS ISAAC ajak brgambar semalam =p


Semua yang mmbuat prsembahan mmg muka-muka yg tidak asing lagi cumanya qaseh sebelum ni mmg tak berapa kenal dengan DOUGLAS LIM, sapela mamat ni mesti tak paham dia buat lawak sebab cina kan , tapi betul2 lawak gila b*** sial lah, yg paling tak tahan bila dia cerita ada org jual sup bontot then dia trbygkan bontot kite2 dalam mangkuk , then tak tahu macamana nak makan , takkan guna straw kot kat tengah2 .. bhahahaha kurang asam betul , mmg sakit perut aku dok gelak , so far memang dia yg paling menyerlah ..so dgn 360darjah qaseh dah jadi peminat dia ! syabaassss Hans Isaac hensem,pilihan yg trbaik .. smlm qaseh pakai baju sama hijau dgn neelofa .. in the end of persembahan beliau , ramai penonton berdiri dan bagi tepukan yg gemuruh buat DOUGLAS LIM , u r superb man , aqasha versi cina meh ! paling memukau bila dia nyanyi lagu awie ,perghhhh mmg terbaik lol ! 

semua pakat nak brgambar dgn qaseh ni .. oh terasa femes sekejap hihi jgn mare ~ 

JAMBU n HARITH ISKANDAR sememangnya lawak diorang tak pernah susut , always ada idea2 bagi penonton gelak , harith dengan lawak yang penuh ilmu , dan jambu lawak santai hingga diorg sendiri yang tergelak , perghh cuma mungkin ada part2 yang sdikit hambar , mungkin juga sebab hari pertama ditayangkan , semua memang terbaik dan tak kering gusi , trlupa sekejap dengan ketiadaan JOZAN , ekeke dan qaseh memang paksa korang ni sila tempah tiket sekarang dan lepaskan stress korg , ramai2 ke #lawakkeder3 !!!
sampai ke atas sana haaa , nak layan lawak ke der 3 punya pasal ~ syok weh !


antara blogger yang menggegarkan ISTANA BUDAYA semalam , hope berjumpa lagi ~ 

THANX AGAIN BUAT ESCAPE #ESCNOW , dan LAWAK KE DER MUSIM KE 3 memang superb , enjoy my night , hilang segala stress , hihihihi terbaik lol , thanx JAMBU , DOUGLAS LIM dan HARITH ISKANDAR yg tidak menghampakan .. 
 nak download lawak ke der 3 ? sorry bro sila tempah tiket ye,tgk live lagi seronok =p


KONTES U-BLOGGER - Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda !!!

$
0
0
Assalamualaikum bloggers ~

Pagi ni qaseh nak meng war-warkan pada semua bloggers , ada satu kontes akan di lancarkan pada malam esok pd pukul 9 malam , haaa macam best je , KONTES U-BLOGGER ,apakah U-BLOGGER ni ? U stand for usahawan blogger , kontes ni anjuran blogger mawardi yunus[klik] dengan kerjasama Kelab Blogger BenAshaari

klik gambar utk INFO

so qaseh adalah salah seorang penaja dalam kontes ni , woot wooot qaseh akan menaja 2 batang EYELINER MAC WATERPROOF setiap seorang , qaseh memilih 3 orang kontestan , so setiap orang akan mendapat 2 batang eyeliner.. 

Eyeliner ni qaseh jual hanya RM5 ,postage RM6 , haaa murah kan ,warna dia memang pekat , if nak pergi event or kenduri mana-mana memang nampak akan nampak menyerlah , kadang bahagian mata yang akan menyerikan lagi penampilan kita , eyeliner ni jenis roll stick dan mudah di cuci , jgn risau bila nak solat .. 



qaseh always guna EYELINER WATERPROOF MAC je skrg ni , xde kesan comot dan nampak lebih menyerlah , haaa apa tunggu lagi , silalah menjoinkan diri dalam U-BLOGGER KONTES !!! dan banyak lagi hadiah2 lain yang bakal di menangi oleh korang semua ! 

tunggu ~~~~



Tonton Lawak Ke Der 3 2013 di ESCAPE

$
0
0
Assalamualaikum

ESCAPE mencuit anda dengan LAWAK KE DER 3!


Memang sangat rugi kepada siapa yang tidak melihat lawak ke der di ISTANA BUDAYA yang sedang di pentaskan pada 4-8disember , haaa kenapa rugi tu ? mana tak nya kali ni Lawak Ke Der 3 diberi aura baru dengan kehadiran muka-muka baru seperti kumpulan JAMBU dan juga DOUGLAS LIM , memang terbaik sebab mampu menyenakkan perut yang sedia senak dengan lawak kental diorang , thumbs up !

mungkin ada yang tertanya-tanya kan ? dan berkata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, eh Lawak Ke Der 3 lagi lawak laaa ~ haaaa yang tu korang kena datang tengok sendiri baru lah boleh tahu mana yang lebih lawak .Best ke tak best ke kena la dtg sendiri , ye dak ?

Qaseh nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada ESCAPE sbb sudi memberi peluang menonton pementasan LAWAK KE DER 3 yg smemangnya berbaloi-baloi beb sebab tiket-tiket semua pun habis di jual , hingga ada yang frust katanya sebab terlambat membeli tiket , haaa tu la , kena cepat2 tau ! tapi jangan risau sebabnya ada beritaa baikkk punya kepada peminat Lawak Ke Der 3 dan juga pelanggan ESCAPE,jeng jeng jeng korang boleh saksikan LKD3 di ESCAPE pd 31.12.2013 selama 6bulan ! perghhh 6bulan lama tuuuuuu !!so jangan lepaskan peluang menyaksikan LKD3 di ESCAPE ok !

cuit-cuit u will never be alone 

bercakap pasal peluang ni , haaa ada satu lagi peluang terbaik buat pelanggan CELCOM , korang boleh sertai peraduan CUIT-CUIT MENANG DUIT @ ESCAPE  yang menawarkan hadiah wang tunai RM5000 setiap hari !

cara2nya sangat mudah , mulai 7 - 27 DISEMBER , pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2gsetiap hari untuk menjawab satuteka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3

pelanggan CELCOM dikehendaki meneka dan menghantar jawapan yang tepat dan cepat ke 20888 , jawapan tak perlu panjang cukup dengan satu perkataan saja , perghh qaseh nak try la , untung2 dapat RM5000 ! kalau nak tahu lebih lagi info jom layari laman web ESCAPE [KLIK]

APA ITU ESCAPE ?
escape adalah dunia hiburan anda yang boleh di bawa kemana saja ,semuanya di hujung jari ,korang boleh nikmati pelbagai video hebat, filem ,konsert , berita , acara terkini dan banyak lagi !

PILIHAN ANDA
Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!
Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta), dan termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyakkkkk lagi!



Dengan ESCAPE anda boleh Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.

"Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua!"Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.
Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com[klik]sekarang.


  •  Henti & sambung tayangan  •  Pelbagai peranti  •  Bila-bila masa, di mana-mana jua 


Ikut Firasat Ibu Cari Mayat Adik [MANGSA LEMAS BANJIR DI PAHANG]

$
0
0
Assalamualaikum

Kuantan : Firasat ibu yg kuat mengatakan mayat adik saya masih berada sekitar lokasi kejadian membawa kepada penemuan mayat arwah petang semalam , kata Mazli Ali, abang kpd mangsa lemas di Sungai Isap

Arwah ditemui hanya 100 meter dr lokasi dia dilaporkan lemas manakala mayat anak saudaranya , 17 ditemui di tali air Taman Guru hanyut hampir 2 kilometer dr lokasi kejadian ..

Beliau berkata ibunya Maznah 68 mghubunginya awal pagi semalam dan memaklumkan dia sentiasa teringat arwah serta mayatnya tidak jauh dr lokasinya terjatuh
Sumber -BH

yaAllah semoga dipermudahkan segalanya .. bagi sesiapa yang masih nak menderma bagi mangsa banjir


Alhamdulillah dan Syukur ke hadrat ilahi , di pagi yang indah ini jumlah sumbangan daripada semua pihak telah MENCECAH RM1000 Terima kasih atas sumbangan yang ikhlas daripada saudara dan saudari. Moga Allah swt sahaja yang membalas jasa kalian.

Untuk makluman , Yanty Lee , Qaseh Dalia, Sue Izza akan mendapatkan dan membeli barangan keperluan bagi mangsa banjir di Pahang juga diberikan kepada mereka melalui Nurramizah Fadzil yang akan berangkat ke sana nanti. In Sha Allah , saudari Nurramizah akan bertolak petang ini bersama sumbangan yang telah disalurkan.

Bagi mereka yang ingin menyumbangkan lagi , bolehlah menyumbang sumbangan dalam bentuk material / keperluan harian kepada Cik Nurramizah Fadzil (Putrajaya/Bangi) ; 010-2205962 atau dari segi kewangan dengan ikhlas ke akaun CIMB Cik Qaseh Dalia; 13020002904206 atau akaun Maybank ; 157139732648 Cik Yanty Lee atau hubungi saudara Ben Ashaari

NELSON MANDELA , siapakah beliau ?

$
0
0

Nelson Mandela,Bekas Presiden Afrika Selatan , pemenang Hadiah Nobel dan ikon anti-Apartheid meninggal dunia pada Khamis di rumahnya diJohannesburg pada usia 95.

Semalam dunia telah kehilangan seorang negarawan yg memperjuangkan hak-hak bangsa kulit hitam dan menentang diskriminasi dan perkauman ..  siapakah NELSON MANDELA ni ..

NELSON MANDELA ,takziah kepada Afrika Selatan , memang kehilangan yang sangat besar , beliau pernah dipenjara 27 tahun , seorang yg pemaaf dan tidak memusuhi mereka yg prnah memenjarakannya , pada tahun 1990 sebaik saja mendiang dibebaskan dari penjara di Robben Island,Presiden Zambia,Kenneth Kaunda menjemput beberapa pemimpin trmasuk bekas perdana menteri kita , Tun Dr Mahathir Mohammad mengadakan perjumpaan dgn pejuang kulit hitam itu ..

Mendiang seorang negarawan keamanan dan sememangnya anak lelaki yang gagah dan pemimpin dan hebat di Afrika Selatan.Moga rohnya bersemadi dengan aman ,  kekuatan MANDELA dengan karakter , ketabahan dan kualiti kepemimpinan memainkan peranan penting dlm mengatasi masa mencabar yg perlu dihadapi ketika berjuang menentang rejim Aparteid dan pmbentukan sbuah ngara AFRIKA yg diplomatik .. memang sangat kehilangan .. masa sejarah dulu2 memang kagum sangat dengan beliau

"If you want to make peace with your enemy, you have to work with your enemy. Then he becomes your partner."





  • Nelson Mandela
    Former President of South Africa


  • Nelson Rolihlahla Mandela was a South African anti-apartheid revolutionary, politician and philanthropist who served as President of South Africa from 1994 to 1999. Wikipedia




  • BornJuly 18, 1918, Mvezo, South Africa


  • DiedDecember 5, 2013


  • SpouseGraça Machel (m. 1998–2013)Winnie Madikizela-Mandela (m. 1958–1996)Evelyn Mase (m. 1944–1958)


  • AwardsNobel Peace PrizeBharat RatnaTime's Person of the Year,Sakharov PrizePresidential Medal of FreedomCongressional Gold MedalArthur Ashe Courage AwardQueen Elizabeth II Diamond Jubilee MedalGandhi Peace PrizePhiladelphia Liberty MedalJawaharlal Nehru Award for International UnderstandingLenin Peace PrizeQueen Elizabeth II Golden Jubilee MedalNishan-e-PakistanAl-Gaddafi International Prize for Human RightsAmbassador of Conscience Award,International Simón Bolívar PrizeUnited Nations Prize in the Field of Human RightsOrder of the NileWorld Citizenship AwardU Thant Peace AwardFélix Houphouët-Boigny Peace PrizeIsitwalandwe Medal,Indira Gandhi Award for International Justice and HarmonyFreedom of the City of AberdeenBruno Kreisky AwardUNESCO Peace Prize,Carter–Menil Human Rights PrizeBishop John T. Walker Distinguished Humanitarian Service AwardGiuseppe Motta MedalLudovic-Trarieux International Human Rights PrizeJ. William Fulbright Prize for International UnderstandingW E B DuBois International MedalPrince of Asturias Award for International CooperationHarvard Business School Statesman of the Year Award

    semoga rohnya bersemadi dengan aman ~ 


  • [REVIEW]HARUM MALAM , PRODUK BAGUS UNTUK MENGATASI MASALAH BAU BADAN DAN KEINTIMAN WANITA

    $
    0
    0
    Harum Malam, supplemen dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa.Ia dapat membantu mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh.Hasilnya tubuh akan wangi semulajadi jika diamalkan berterusan. Ia mampu membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ianya juga dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberikan tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan aktiviti seharian.

    Ramuan : Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica.



    Hari ni qaseh nak mengesyorkan satu produk yang sangat bagus , HARUM MALAM , apakah produk ni , bagi yang tak pernah tahu laaaa ni qaseh nak bagitahu korang , produk ni hanya untuk WANITA sebab ia bagus untuk menghilangkan bau badan serta keintiman wanita , bagi yang dah berkahwin lagi lah sesuai , ehem-ehem .. bagi yang anak dara memang banyak khasiat terutama dalam menjaga keintiman kita .. jangan lupa penjagaan keintiman kita sgt penting .. !






    Kadang-kadang cara pemakanan kita pun tak semua betul , main bedal je , tambah-tambah bila makan ulam-ulam kampung macam petai , jering dan sewaktu dengannya .. so bila kita membuang air kecil mahupun besar pasti lah bau kelam , dan bila kita berpeluh lagi lah bau tu sangat kuat , bagi mengatasi segala masalah tu gunala PRODUK HARUM MALAM ni , in shaa ALLAH berkesan, cara penggunaan nya
    Minum supplement ni 2x sehari
    Satu sudu besar sebelum sarapan dan satu sudu besar sebelum tidur , in shaa Allah badan anda akan jadi lebih wangi , lagipun produk ni menggunakan extrak ros .. 
    Antara kebaikan-kebaikan produk HARUM MALAM ni spt

    • Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual 
    • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
    • Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
    • Mengurangkan tekanan dan tension
    • Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
    • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan
    • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering  

    ada tak yang begini ? ekeke kdg2 kawan-kawan kita sendiri takut nak tegur kita bila ada masalah bau badan ye dak ? tapi korang boleh tahu bila badan korang memang berbau .. perghh orang pun taknak dekat , deodorant kdg membantu dr luaran tapi produk HARUM MALAM membantu kita dari dalaman 
    Harga sebotol ..
    rm33 sm/rm39 ss (not include postage)
    rm40sm /rm45ss  (include postage) 

    kalau bli 3 botol.. (inc.postage)
    rm100 Semenanjung Malaysia
    Rm110 sabah/sarawak.
    macamana nak oder ? sila masuk page FB HARUM MALAM [KLIK]



    Haaa lagi satu Perempuan dan keputihan memang tak dapat lari , ada yang keputihan sedikit dan juga sangat teruk , keputihan kalau tak merawat sangat bahaya , boleh menyebabkan mandul apatah lagi bau yang kurang menyenangkan , yucks ! bagi yang dah berkahwin pastinya ia tidak menyenangkan pada suami anda dan bagi anak dara pula , masa ni lah korang harus menjaganya ... so nanti tiada rungutan dari suami tercinta =) produk ni mampu menyelesaikan masalah dalaman yg korang hadapi , kalau tak cuba mana nak tahu kan ???

     penjagaan vagina memang sangat penting bagi perempuan , kalau orang dulu-dulu petuanya adalah air rebusan sireh , tapi qaseh tahu sekarang ni wanita dan gadis remaja sangat lah sibuk dengan kerjaya dan juga malas untuk mencari , macam qaseh haha so HARUM MALAM juga terkandung dengan extrak SIREH so jangan risau semua ramuan yg terkandung adalah dari bahan semulajadi .. 

    TIPS PENJAGAAN VAGINA SUPAYA SIHAT SEMULAJADI 
    Bila korang dah menggunakan produk ni , jangan lupa korang juga perlu menjaga vagina secara konsisten agar sentiasa sihat .. antara tipsnya 

    1. Teliti dalam memilih sabun pembersih, pilihlah produk yang mengandungi susu kerana boleh memelihara kestabilan pH dan kebersihan sekitar vagina. Elakkan menggunakan pembersih antiseptik dengan kerap kerana ia bersifat keras dan dalam jangka masa panjang ia tidak baik untuk kesihatan vagina.



    2. Selepas mandi, pastikan sentiasa mengeringkan bahagian vagina dan hindari penggunaan bedak walaupun tujuannya untuk memberikan bau harum dan kering. Partikel halus dalam bedak boleh menyebabkan bakteria dan kulat membiak.



    3. Cuba gunakan pakaian yang mudah menyerap untuk menjaga peredaran udara di sekitar organ intim. Elakkan penggunaan kain atau seluar dari kain jenis jean.



    4. Jika selalu keluar ,pastikan membawa pantyliner dan pakaian dalam lebih supaya memudahkan anda menukarnya. Jangan terlalu lama menggunakan pantyliner. Sekiranya anda sedang haid, pastikan anda menggantikan tuala wanita dengan kerap supaya kekal bersih dan segar.



    Kandungan Harum Malam:

    Extrak ros,Extrak sireh,Buah tin,kismis,madu,goji,limau purut,strawberry,pueraria mifrica,kayu serapat,buahdelima,manjakani,pueraria lobata dan senna
               

    ANTARA KHASIAT LAIN YG TERDAPAT DALAM PRODUK HARUM MALAM 
     1.Membantu menyihat dan menyergarkan badan 
    2. Mencantikkan & menaikkan seri wajah. 
    3. Membantu menghilangkan bau badan & mulut. 
     4. Melegakan panas badan. 
    5. Menegangkan payudara. 
    6. Memulihkan rasa rapat. 
    7. Mengencang otot kewanitaan. 
    8. Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal. 
    9. Menambah keharmonian suami isteri. 
    10. Menyihatkan rahim. 
    11. Mencantikkan payudara agar sihat & montok.


    P/S ;  =) tunggu apa lagi korang , jangan biarkan badan berbau tu , jangan simpan lama-lama , nanti jadi ikan pekasam pulak .. hihihi .. jangan lupa oder di page2 HARUM MALAM ..


    Hari Yang Tetap akan Berlalu ..

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    Keseorangan , berteman , terputus , sakit .. kembali keseorangan tapi tak dapat nak melupakan , jadi sang setia yang menunggu dan terus menunggu , walaupun kadang-kadang kita tahu yang sebenarnya kita menunggu sesuatu yang sia-sia .. tapi hati masih berdegil , terus memuja bayangan silam yang kian luntur dan akan lenyap selama-lamanya .. ada masa dan suatu ketika hati kita degil sgt untuk menerima hakikat , hakikat yang kita ditinggalkan oleh seseorang yang terlalu ingin kita dakap , erat , kemas ~ tapi hari .... tetap berlalu tanpa menghiraukan tangismu yang sedu ..

    I am waiting,For someone to answer my prayers...
    I am waiting,For your eyes to meet my stares...
    I am waiting!For you to just believe!
    And I am waiting!For you to make...
    Yourself free!
    bahagia itu tak boleh di paksa , tapi boleh mencuba .. cuba cuba dan terus cuba , adakala pasti akan trsungkur tapi lebih baik dr trsungkur dlm memaksa , sakit yang lain rasa , rasa sesak nafas tanpa penyakit jantung .. rasa lemas walaupun tahu berenang , itu hakikat bila memaksa diri sendiri , dan suatu saat mungkin kamu akan menempik segala yg trbuku ..hingga kicau burung terhenti , mungkin juga turut simpati dan trsiksa melihat dirimu ...tempikla sekuat hati mu syg ~

    kdg2 bila rasa sakit dengan kenangan yg tak prnah brhenti mengekori tempikla sekuat hati , sabar selagi hati kita tak mati , sembuhkan carilah penawar , menunggu yg sia-sia ibarat merosakkan diri dalam diam , ibarat madu yang kian hlg manisnya ..dalam hidup ni mgkin kita trpilih utk merasainya , tp bukan kerna kita malang , cumanya itu mungkin pertolongan dr Allah , beri hikmah dalam kesakitan yg sedikit , beri pengajaran utk hari yg tetap akan berlalu ~

    hati berbicara :

    penantian suatu penyiksaan , tapi still menanti even tahu diri tersiksa , kenapa ? terlalu hebatkah dia yang pernah bertakhta hingga sanggup menghiris hati yang sudah berkeping-keping hancur ? jangan jadi bodoh dalam kepandaian yang nyata , bangun dari kebodohan hidup dalam alam nyata , sesuatu itu sepertinya sudah tertulis , takdir ~ menanti pun hari tetap akan berlalu , hanya kamu yang mampu cerahkan kembali dari kusam yang kamu sendiri ciptakan , wake up dear .. =)

    [TRAVEL GUIDE] CAR RENTAL BINTULU

    $
    0
    0

    Assalamualaikum ..

    Mencari perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri di BINTULU ? kali ni qaseh nak suggestkan pada korang , CAR RENTAL BINTULU terbaik buat korang, hari tu qaseh ke BINTULU bersama geng-geng blogger , dan memang sangat perlukan kereta untuk berjalan-jalan .. bagi anda yang tak pernah pergi dan tak tahu mana satu yang okey .. korang boleh try NZ CAR RENTAL BINTULU , alhamdulillah owner nya sangat-sangat ok .. abg awi thanx so much .. siap bagi kuah laksa lagi haaa , hehe tp finaz je dpt .. erghh jeles2 !

    NAZ car rental
    klik gambar untuk ke urusan niaga 

    Kami menawarkan perkhidmatan sewa kereta di sekitar Bintulu.



    Jenis kereta - VIVA 850 & KANCIL 850, EXORA ( in good condition )

    KANCIL 850 - rm70 sehari, rm420 seminggu, rm800 sebulan.

    VIVA 850 - rm90 sehari, rm560 seminggu, rm1300 sebulan.
    EXora - QUATATION

    Berminat sila hubungi Mr. Awie - 0138353579
    Tertakluk kepada terma dan syarat:
    - Original dan Photostat ic & lesen diperlukan
    - seorang penjamin beserta ic

    Location:
    No 404D kampung Sibiew,
    Lorong A1 RPR Sibiew,
    97000 Bintulu, Sarawak.

    ada apa-apa pertanyaan just call no  0138353579 , call terus katanya penat nak tekan keypad balas meseg , hihi  atau boleh lawati laman web beliau


     boleh juga terus ke facebook beliau https://www.facebook.com/keretasewa.nzbintulu

    apa-apa hal boleh deal dengan abg awi sendiri =)
    enjoy your trip ! 


    Azean Irdawaty meninggal dunia [Primadona Filem Melayu]

    $
    0
    0
    Assalamualaikum ,

    Primadona Filem Melayu , AZEAN IRDAWATY, 63 tahun , telah menghembuskan nafas terakhir  pada hari selasa , 7. 29 malam di Hospital Universiti Petaling Jaya , Selangor , Allahyarhamah mengidap tumor dan lymphedema sejak 5 tahun lalu , ALFATIHAH buat arwah .. dari DIA kita datang dan dari DIA jua kita pergi , semoga tenang di sana dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman ..

    Takziah buat keluarga Allahyarhamah ..



    NAMA PENUH: Azean Irdawaty Yusoef
    TARIKH LAHIR: 27 Februari 1950
    ASAL: Alor Merah, Alor Star, Kedah.
    SUAMI: Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi
    ANAK: Khaeryll Benjamin (Benjy), Elza Irdalyna & Inessa Irdayanty

     ALFATIHAH ~

    Tempat Pelancongan Menarik di Terengganu

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    Kali ni Qaseh nak kongsikan tempat-tempat pelancongan yangg menarik di TERENGGANU , haaaa stay di TERENGGANU jika tak tahu tempat-tempat menarik di negeri sendiri rasanya sangat rugi

    ISLAMIK CIVILISATION PARK

    Apa yang femes kat sini adalah keunikan MASJID KRISTAL dan di sini terdapat Taman Tema pertama yang mempamerkan seni bina Islam

    10.00am - 7.00pm (monday to thursday)
    9.00am - 7.00pm (friday to Sunday ,public/school holiday)
    admission fee
    Malaysian
    RM15 adult , RM8 Child 
    Non Malaysian
    RM25 adult , RM15 child

    TERENGGANU STATE MUSEUM COMPLEX

     Klik gambar
    klik gambar 

    terletak di tengah-tengah taman landscape yang indah , Musium ini  yang kaya dengan sejarah-sejarah negeri TERENGGANU , di kenali juga sebagai KOMPLEKS MUZIUM terbesar di Asia , terdapat lima buah rumah Tradisional 

    Opening hours 
    9.00am-5.00pm daily
    closed from 12noon-3pm on friday 
    Admission fee
    Malaysian : RM5 Adult , RM2 child , RM1 school uniform
    Non Malaysian : RM15 adult , RM10 child

    PULAU DUYONG 

    [klik gambar]

    Yang menarik di PULAU DUYONG adalah pembinaan bot tradisional yang di buat oleh tukang tempatan yg menggunakan kaedah tradisional.. PULAU DUYONG merupakan tempat berlangsungnya MONSOON CUP TERENGGANU 

    TENGKU TENGAH ZAHARAH MOSQUE 


    Macam tak pernah dengar ? sebenarnya MASJID TENGKU TENGAH ni juga di kenali sebagai MASJID TERAPUNG , haaa pernah dengar kan , masjid yang melambangkan inovasi dan pemodenan di negeri Terengganu .. 

    Banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di TERENGGANU 

    KUALA TERENGGANU 
    -Pasar Payang (pasar / Bazar Warisan)
    -Istana Maziah 
    -Bukit Puteri
    -Chinatown
    -River Cruise Kuala Terengganu 
    -Traditional Food and Craft Complex 
    -Batu Burok 
    -Terengganu Waterfront

    MARANG 
    -Marang River Cruise
    -Kelulut Beach 
    -Kampung Jenang Tradional Village 

    KEMAMAN
    -Telaga Simpul
    -Pantai Kemasik
    -Pantai Marina
    -Pantai Kijal
    -Bekau Tinggi Recreation Park
    -Kampung Tuan Mosque
    -Masjid Jambi
    -Kemaman Recreation Park & Mini zoo
    -Jeram Perintis Water Fall

    DUNGUN
    -Teluk Bidara Beach Resort
    -Rantau Abang
    -Paka Beach 
    -Tanjung Jara Beach 
    -Ma' Daerah Turtle Sanctuary

    SETIU
    -Penarik Beach
    -Setiu Wetland
    -Merang Beach
    -Gunung Tebu 
    Lata Belatan 

    BESUT 
    -Balai Seni Ukiran 
    -Bukit Keluang Beach 
    -Dendong Beach
    -Air Tawar beach 
    -Masjid Ulul Albab

    Qaseh yang tinggal di TERENGGANU pun tak berkesempatan lagi nak menjelajah  seluruh TERENGGANU , tu belum masuk pulau-pulau Terengganu lagi ~ jom bercuti !!! Nanti kita cerita pasal pulau ~


    Biodata Izzue Islam , siapakah beliau ?

    $
    0
    0
    Siapa Izzue Islam ni ye , handsome betul mamat ni , yang pasti qaseh mula mengenali dia sebagai seorang artis melalui drama SEBENARNYA AKU ISTERI DIA , comel dan kelakar .. rupa-rupanya ore kelate , 

    Nama sebenar: Muhammad Izzul Islam bin Mazlan
    Tarikh lahir: 2 Jun 1990
    Asal: Kota Bahru, Kelantan
    Profesion: Penyanyi, Pelakon & Pemuzik
    Instrumen: Vokal, Gitar, Keyboard
    Status: Berkahwin. Suami kepada Awin Nurin.
    Kumpulan: Forteen
    Filem: Songlap, 29 Februari, Hantu Kapcai, 
    DramaL Gemilang, Papa Nak Kahwin, Cita dan Cinta, Tudung Tweet, Sebelum Lima Perkara, Aishiteru, Aku Tak Percaya Cinta, Cik Paris Diva Kampung, Mimpi Cinderella, Jangan Ambil Padang Kami, Duri, Maskara, Bunga Merah Punya! dan Sebenarnya Saya Isteri Dia
    Single: Bersama Forteen - Berdua Bersatu, Seperti Dulu (OST filem 29 Februari), & Kita (OST Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia)
    Anugerah: Pelakon Harapan Lelaki (Festival Filem Malaysia 25), Hero Baru Terhebat (Anugerah Blockbuster 2013), Persembahan Vokal Terbaik Berkumpulan di dalam Lagu (Forteen - Seperti Dulu


    katanya , beliau pernah merempat semata-mata mengejar impiannya untuk bergelar artis .. 
    -biasalah untuk mencapai kejayaan kena tempuh segala susah dahulu , apapun semoga success in your karier -




    Permohonan BR1M 3.0 (2014) bermula 23 DISEMBER 2013

    $
    0
    0



    Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

    "Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

    Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

    syarat-syarat 

    Isi rumah (RM650)
    1. Isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM3, 000
    2. Warganegara Malaysia

    Isi rumah (RM450)
    1. Isi rumah yang mempunyai pendapatan di antara RM3, 000 hingga RM4, 000
    2. Warganegara Malaysia


    * Tambahan RM50 Kumpulan Takaful Rakyat 1 Malaysia Sumbangan (i-BR1M)

    Individu (RM300)
    1. Jumlah pendapatan kasar bulanan sebanyak RM2, 000 dan ke bawah
    2. Warganegara Malaysia
    3. Berumur 21 tahun ke atas (lahir 1993 atau lebih awal)
    4. Tidak termasuk pelajar-pelajar yang menerima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

    Borang permohonan boleh di dapati di 
    1. kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
    2. pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
    3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
    4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
    5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
    BORANG ONLINE MASIH BELUM DIBUKA .. HARAP MAKLUM 

    Peribadi ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR [SYAHID YG TERTANGGUH]

    $
    0
    0




    Sedikit perkongsian..antara ciri2 peribadi yg ada pd diri Ammar menurut ayahanda dan bondanya :
    1. Ikhlas-niat pergi blajar d turki sbb nak mndalami sejarah Turki Uthmaniyyah,mahu jdi sbhagian umat yg mmbgkitkan sjarah kgemilangan Islam Turki.


    2. Bersungguh2-belajar 2 bidang ilmu penting secara serentak;sejarah Uthmaniyyah d Uni sambil blajar kitab Risalah An-Nur d Madrasah,khatam kitab Risalah An-Nur dlm 8 bln


    3. Suka Menolong(Proaktif)-tau bila ayahnya lapar atau dahaga,Ammar pergi belikan air tanpa dsuruh


    4. Cintakan Syahid-pgolakan dlm diri Ammar sama ad mati syahid d Syria atau meneruskan pencarian ilmu yg x selesai,semasa d Syria Ammar hampir mengangkat senjata ttapi syahidnya tertangguh


    5. Tidak pandai bkata "tidak"-pd stiap arahan atau kata2 ibubapanya,walaupun adakalanya tidak bersetuju sbaliknya hanya diam dan tsenyum

    6. Pendiam dan kurang ketawa-kalau Ammar ktawa,akan jdi bualan d skolah shingga cikgu menelefon ibunya bgtau 'Ammar ktawa hari ini'

    7. Minat membaca-umur 8/9 thn dah mghabiskan set buku mgenai cendikiawan Islam,ad 33 siri semuanya

    8. Rendah diri-Ammar bgtau bonda markahnya semasa d Uni hnya dpt 50/60 lebih,bonda dpt tau kmudian rupa2nya itulah markah ttinggi dlm kalangan pelajar d situ

    9. Mhafaz ayat2 Al-Quran-semasa bcuti d kwasan bendang d Sik,Kedah tiap slepas Subuh akan mhafaz

    10. Jujur, x bsungut, x bdendam, sanggup dsuruh(beri khidmat kpd org)

    11. Menurut bondanya, senyuman Ammar sgt menawan:)

    *bonda tanya ap cita2 Ammar-jawab Ammar ingin mjadi "Sejarawan Perantau"
    *dlm personal note Ammar ttulis 2 bnda;
    >Merantau sbyk mungkin dan mgkaji
    >Merantau sambil myebarkan ajaran kitab Risalah An-Nur
    ~Al-Fatihah

    Sumpah Aku Rindu Berblog Dulu Kala

    $
    0
    0
    Assalamualaikum , pembuka bicara 

    Sejak dua menjak ni aku rasa macam sedih je tengok blog sendiri , update tapi macam tak kena dengan diri sendiri , aku rasa bukan aku yang update kan , mungkin hantu yang aku bela tapi tak wujud , sejak dua menjak aku tengok ada jugak blogger yang dulu-dulu dok rindu dengan cerita lama , perghh tetiba macam terkesan pulak kat diri sendiri .. rindu sangat sampai rasa macam nak menangis pun ade ni .. 

    kalau dulu memang 24 jam blogwalking , kenal blog-blog lain , blog-blog personal yang memang gila blog , cerita2 lucu berbalas komen , tapi sekarang aku blogwalking , mereka pun mcm seakan sunyi dah , dan blog-blog yang ada sekarang kebanyakan nya blog seo , apa aku nak komen pun aku tak tahu .. yee mereka hebat dalam trafic yang tinggi tapi aku rasa macam aku tak tahu nak komen apa , dan blog aku pun sunyi nak mampuih dah sekarang , kalau perasan lama dah aku tak buat entry-entry yang buat orang menangis , entry2 yang muhasabah , yang berbalas pendapat di komen .. tuan blog ni pun da mcm nak mampuih .. hoii blogger2 lama boleh dak kembali zaman-zaman dulu kala .. please la please please please !! 

    teringat cerita lama bila baca entry ni , buat BEN ASHAARI boleh tak kembalikan segmen-segmen macam dulu .. sobss sobss sobssss ~~~


    tapi aku sedar , hari tetap akan berlalu , jika suatu masa dulu mereka yang bujang kini sudah berkahwin , jika dahulu bergelar suami ataupun isteri , hari ni jadi bapa ataupun ibu , 
    sobs sobs sobss .. tapi kenangan dulu tak kan dilupakan , susah dah nak merasa ..mungkin hanya mampu untuk di kenang .... 
    peace in love .. just take care ~ 

    [TRAVEL] REVIEW HOTEL SUNGAI PETANI INN KEDAH

    $
    0
    0
    Assalamualaikum ..


    Sambungan travel qaseh bersama sahabat media kali ini , qaseh nak memperkenalkan kepada korang tentang hotel SUNGAI PETANI INN (formely known as amanpura hotel) , kalau korang pergi travel kemana-mana tempat for sure la first yang korang kena mark is penginapan ,jika korang datang ke kedah , jangan lupa untuk menginap di SG PETANI INN kerana semua kemudahan di sini cukup lengkap ,in shaa Allah korang pasti berpuas hati .. kenapa ye ? haaa tu korang kena baca smpai habis ... yang pasti ia sangat berpatutan dan berbaloi2

    klik read more untuk review penuh 



    jom masuk , ikut qaseh menerokai  meninjau segala kemudahan di hotel ini ..
    sebelum tu qaseh memperkenalkan serba sedikit tentang SG PETANI INN
    dirasmikan pada 9th feb 1982 dan di daftarkan sebagai TANJUNG RHU RESORT SDN BHD buat pertama kalinya ,kemudiannya perubahan demi perubahan yg telah dilakukan hingga skrg ..dan ia di kenali sebagai SG PETANI INN 
    hotel ini bertaraf 3 bintang yang murah lagi berpatutan tambah lagi kemudahan seperti 5 star hotel..menarik bukan ?


    bilik yang trdpt di hotel ini adlh sebanyak 114 terdiri kepada 4 jenis 

    kemudahan-kemudahan yang trdapat di hotel ni 
    tengok segala kemudahan di hotel ini , korang pasti akan selesa =)

    suasana bilik DELUXE di SG PETANI INN hotel .. hari tu qaseh berkongsi bilik deluxe dengan izzati , salah seorg blogger yang turut memeriahkan travel sahabat media http://kisahtatie.blogspot.com <-- klik2

    bilik utama Deluxe Room yang sangat selesa 
    tahap keselesaan 4/5
    tahap kebersihan 4/5

    ruang yang menempatkan dua buah kerusi , untuk bercengkerama  merehatkan badan ,sambil melihat keindahan luar , santai ~ 

    qaseh berpuas hati dengan segala kemudahan , cumanya mungkin pihak SG PETANI INN boleh menambah lagi kesegaran bilik contohnya bau-bauan perfume yang menyegarkan ... =) 

    VIP SUITE ROOM 








    harusla ada model yang menyerikan lg suasana vip suite ni =p



    senyum like a boss ,
    sebelum tido boleh lah rehat2 kan badan di kerusi empuk ni 


    bagi yang suka memasak jangan risau semua kelengkapan di sediakan ..



     menarik bukan suasana VIP SUITE yg trdapat di hotel ni , qaseh rasa 3 hari dua malam memang tak cukup untuk kami menikmati merasai segala kemudahan yg di sediakan , insyaAllah suatu hari nnt kena dtg balik n book for vip suite ..honeymoon ? opss


    D'SANTAI LOUNGE
    ruang yang luas dan simple , tapi cukup untuk kami berbual dan berkongsi idea sambil melayan perasaan .. dihiasi dengan sekuntum bunga menampakkan suasana yg tenang dan romantik ..





    bila dah trlebih santai mcm2 gaya nye ye ~

    Breakfast Location : berhadapan dengan swimming pool , rasa tenang dan damai ditambah dengan suasana pagi yang indah ..








    sarapan yang di sediakan oleh pihak hotel , kuih-kuih tradisional tetap ada , di samping itu boleh perkenalkan kepada pelancong-pelancong luar keunikan kuih-kuih tradisional melayu , salah satu daya penarik SG PETANI INN


    swimming pool antara salah satu kemudahan yang  di sediakan oleh pihak hotel di sini  bagi dewasa dan juga kanak-kanak..

    Pakej-pakej :
    SG PETANI INN juga menawarkan pakej-pakej hebat antaranya 

    • medical package
    • heritage package


    • malay wedding package 




    banyak lagi kemudahan yang di sediakan oleh pihak hotel , yang pasti korang kena datang sendiri menginap semalam dua , dan rasa sendiri suasana penginapan di hotel SG PETANI INN , secara keseluruhan qaseh sangat-sangat berpuas hati dengan layanan dari staf-staf , chef dan pengurus hotel ini ..harapnya dapat lagi datang ke sini membawa keluarga bersama 

    cadangan qaseh , harap pihak hotel boleh menaik taraf perabot-perabot yang ada , agar ia sentiasa dalam keadaan elok.. 

    tq sekali lagi buat pengurus dan pihak hotel kerana layanan yang sangat memuaskan , harap SG PETANI INN akan lebih maju jaya dan mencapai misi nya menjadi TOP HOTEL di MALAYSIA ... terbaikkkk ! 

    alamat : 427 , JALAN KOLAM AIR ,08000 SUNGAI PETANI
    KEDAH DARUL AMAN 
    website : www.amanpurahotel.com.my <--klik2 utk lebih info
    email : sales@amanpurahotel.com.my



    tq kepada semua yang terlibat ..TOURISM MALAYSIA ,SANTAI TRAVEL,MPSPK dan SUNGAI PETANI INN ,
    next entry qaseh akan cerita tentang JETI SEMELING dan SUNGAI MERBOK berkongsi perasaan menaiki bot , melihat paya bakau yang tertua .. 
    TUNGGUUUUUUUUUU ~~ stay tune !! terbaik






    Benci Dia !

    $
    0
    0
    Assalamualaikum ....

    ''kenapa aku benci kau haaa ?''

    pernah aku rasa, pernah kamu rasa bila mana hati mu sakit hati , bila hati kamu sangat membenci seseorang , dengan sebab mahupun tanpa sebab .. pernah aku rasa aku benci seseorang dengan dua situasi .. pertama kerana dia yang membuat aku benci dia , kedua tanpa sebab alasan munasabah aku benci dia , aku benci dia melintas di hadapan aku ..aku benci lihat muka dia..kesian , tanpa alasan kau di benci mungkin juga tanpa sedar dia juga membenci aku tanpa alasan ...

    hati tidak dapat meneka kenapa tiba-tiba kebencian hadir ! sangat2 benci hinggakan aku lari di satu sudut berfikir kenapa benci dia , kenapa seseorang yang aku tidak pernah kenal , seseorang yang tak pernah aku sapa .. benci hadir ,sayang menjauh .. mungkin caranya , mungkin senyumannya ..mungkin kelakuannya .. tapi setiap apa yang dia lakukan pasti mengundang kebencian ..yaAllah tanpa sedar syaitan sedang peralatkan hati .. mencucuk2 jarum hingga benci itu bertukar jadi makian .. 

    busuknya hati , gelapnya hati bila ia betul2 berlaku .. andainya dalam hati kamu terselit kebencian tanpa sedar tanpa alasan .. ia mungkin mainan perasaan .. jangan biar ia hidup , jangan biar ia berkembang kelak hati kamu yang rosak .. beristighfar itu lebih baik , berzikir lah agar ia hilang .... =) dan jika benci itu hadir kerna seseorang memaksa kamu untuk membenci .. jangan ...~ jangan pernah biar ia tertanam dalam hati ,lontarkan jauh-jauh .. ingat berjuta kebaikan di antara satu keburukan... maybe benci tanpa alasan itu sebenarnya akan cambahkan satu perasaan lain .. sayang mungkin ?

    hati berbicara :
    sekiranya kamu tidak sukakan seseorang , kamu jangan mudah membenci dia , walaupun teruk kelakuannya , walaupun teruk rupanya ..walaupun cara dia menjelikkan.. kamu perlu mengenalinya dengan lebih baik .. mana tahu di sebalik semua ada hikmah .. perancangan Allah dalam benci pun boleh jadi sayang , dalam menyampah pun boleh bertukar rasa cinta ..siapa tahu kan ? hikhikhik so hati-hati bila membenci takut pula jadi perasaan lain .. dan tak mustahil suatu hari nanti orang yang kamu benci tanpa alasan itulah jadi imam kamu , jadi ibu kepada anak2 kamu .... peeeweettt =) 
    kadang-kadang dalam lurus bendul ada kebaikan dia .. dia akan melihat sesuatu perkara dengan penuh hikmah .. tapi jgn terlalu lurus takut di pijak2 pulak !




    BR1M ONLINE - ebr1m.hasil.gov.my

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    Sudah daftar dan kemaskini borang permohonan anda ? Borang online bagi BR1M 3.0 telah di buka di SINI[klik]
    atau ingin mendownload borang permohonan secara manual di SINI[klik]

    •   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
           (i)       Warganegara Malaysia
           (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                      bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
           (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
           (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

      •   Sila kemukakan salinan:
           (i)       MyKad bagi pemohon; dan
           (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
           
      •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

      •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
           
      **NOTA

      1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

      2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

      Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran. 

    Bercuti di Gold Coast Morib Water Theme Park Resort

    $
    0
    0
    Assalamualaikum u ols 

    Akhirnya dapat jugak qaseh update tentang percutian kali ini , GOLD COAST australia MORIB , first bagitahu kakak nak prgi brcuti 3 hari 2 malam , lepas tu dia jawab australia ke weh ! haaa macam la adikmu ni banyak sgt duit nak pegi sana , kah kah gelakkan diri sendiri ..tak tahu la motif menyindir ke apa ahaks yang penting daku nak main air dan menyelam sambil minum air hingga kenyangg ~ blurb blurb , al kisahnya , ni semua angkara abg lan duk wasap-wasap dalam group katanya STREETDEAL[klik] tgh promosikan kupon ! hah apa lagi dengan mata yg terbuntang terus tgk web dia , hanya RM168 dari harga RM584 utk dua org pd hari biasa ~ perghh terus rancang dengan mata yg masih terbuntang bersama 3 blogger cun , kaksue , mieyza dan yanty ..

    terbalik bijik mata pusing2 360 darjah tengok gambar ni , bila dah terjun lagi biol dah jadinya qaseh ni , terbaik !! yg gelongsor ada payung tu kami tak dpt naik sebab tak pakai swim suit .. yg lain ok je , main smpai lebam 

    Oh ye , bila beli pakej RM168 ni kami dapat breakfast free dan water theme park ni pun free , jom tengok bilik depa pulak ,boleh berjakuzi u olss gitu , syok berendam mcm badak ! so kami berempat , dapat la dua bilik , qaseh tido dengan kaksue , yanty pulak dengan mieyza .. erm waktu ni memang kurang sihat badan sebab demam , tapi jakuzi dan berenang tetap jalan ! 

                                                                                            



     bilik ni sangat sesuai bagi suami isteri sebab pintu ni boleh bukak dan bilik air kaca , hari tu nak mandi pun tak berapa selamat , rasa berdebar - debar je bila kak sue main acah-acah nak buka pintu ! grrr ~ tak rela u ! lepastu masa kaksue nak mandi qaseh pulak acah2 buka pintu , kah kah ! rasakan ~ suwit boleh main kuci-kuci ahhh 

    klik read more untuk cerita seterusnya




    then kami pun bersiap bertukar menjadi memerang , nak bagitahu satu rahsia bahawasanya qaseh tak pandai berenang , tapi bila masuk kolam kat Gold Coast Morib tetiba qaseh pandai berenang , baik korang datang sini ,haa its miracle ,cewahh  sebenarnya di ajar oleh cikgu sueizza dan yanty .. kih kih


    padan muka kat kanak-kanak belakang kena beratur , sila hormat orang yg lebih dewasa ye .. 




    padan muka lagi kat kanak-kanak yang tak boleh main masa ni , ahaks ! ni namanya kakak-kakak terencat air tambah jakun ~ sabo je la


    Bagi qaseh tempat ni memang best , suasana meriah , yang jaga Taman Tema pun peramah , ehem-ehem nak ngorat mieza lettew ,dan dekat sangat dengan PANTAI MORIB , suka lepak kat pantai tu rasa tenang je , rasa angin menderu , rasa air yang beralun lembut .. wahh rindunyaaa , then kami pun lepak la dekat PANTAI MORIB , selfie , berangan , gelak ketawa dengan diorang ni memang qaseh akan ingat smpai bila-bila.. hilang stress dan segala masalah .. 

     manis senyum kaksue ,ibarat model COLGATE ,sebab tu abg eddy syg ! opsss ~
    mieyza yang suka golek-golek tepi kolam hinggakan makcik kat situ terkejut terus reject jadi menantu pilihan ! kah kah , mek serba serbi .. 

    yanty - model majalah remaja tahun 2007 , tengok gaya pose pun da mcm model ahaks !

    qaseh bakal model majalah remaja tahun 2020 , tunggu ! harap masih belum kerepot .. sign kontrak dah .. 



    suasana di tepi PANTAI MORIB , tunggu sunset kat sini tapi tak nampak sangat , kami lepak smpai senja then siap-siap , malam tu keluar makan ikan bakar dan kerang kat DATARAN MORIB , yummi then  balik berjakuzi 4 orang sekali dalam tu sampai pukul 2 pagi , haha borak-borak sampai kecut ! dan tido menanti hari esok yang masih ada ..

    PANTAI MORIB 










    pagi-pagi kami keluar , kononnya nak tengok SUNRISE tapi RISE je mampu , keluar cari makan kat Dataran Morib again , lepak santai kat sini , ber photoshoot ala-ala model kak limah balik kg , makan aiskrim tapi xde rezeki kami bila ada kera datang , sumpah sangat takut jika beliau-beliau menggigit kami yang ayu berdress bagai .. agak-agak kalau qaseh kejar kera tu , kera tu akan kejar qaseh balik tak , then qaseh kejar balik smpai koma , huwaaa  tapi xpelah takde rezeki , ambil la aiskrim tuh ! puas hati kau wahai kera !!kah kah peseng tak boleh trima hakikat ..then kami lepak kat surau menuju ke PANTAI KELANANG .. 

    PANTAI KELANANG 



    Subhanallah sunset yang sangat indah kat sini , alhamdulillah hujan rintik-rintik je , memang berharap sangat nak tengok sunset , sebab kat PANTAI MORIB tak berapa nampak ,perghh syukur dapat jugak melihat ciptaan indah Tuhan .. 









    Hati Berbicara :
    Alhamdulillah 3 hari dua malam yang tidak cukup buat kami , tapi dah mencipta memori yang indah di sini , in shaa Allah ada masa , umur panjang kita bertemu lagi , bertemu di persimpangan senja yang indah .. tq atas rancangan kalian dengan izinNYA , nanti nak bercuti ajak la lagi , ahaks !!
    tq guys for everything , tq kaksue buatkan air milo panas yang penuh dengan kasih sayang buat budak demam ni .. ahaks .. syg semua muah muah leb leb skit . tq jugak kat KERA sebab rampas aiskrim dari kami , harap KERA baca , kah kah .. bye u ols ~ 
    jangan lupa datang sini yawwwww !!!


    Pulau-Pulau Menarik di Terengganu

    $
    0
    0
    PULAU REDANG 

    Pulau yang terpanjang di antara sembilan pulau di sepanjang Laut China Selatan yang terletak di luar pantai Kuala Terengganu 

    Pulau Redang mempunyai air laut yang jernih dan banyak kawasan menyelam untuk para pelancong , perairan yang kaya dengan hidupan laut lebih-lebih lagi bila waktu tengahari pelancong akan dapat melihat batu-batu karang dan ikan dengan jelas , di perairan Pulau Redang juga terdapat dua bangkai kapal bersejarah yang tenggelam di sini pada permulaan perang Dunia ke dua , tiada penangkapan ikan dibenarkan kerana PULAU REDANG telah di wartakan sebagai taman laut 

    Must do :
    • Go snorkelling at the Marine Park 
    • Explore the 31 dive sites on the island 
    • Take a walk along the breathtaking Long Beach 
    • Play Volleyball
    • Enjoy a jungle walk to see monkeys , squirrels and birds 
    PULAU PERHENTIAN BESAR DAN PULAU PERHENTIAN KECIL

    Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk backpackers kerana mempunyai pelbagai pilihan dan kemudahan bajet 
    Pulau Perhentian Besar pula lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik , tapi kedua-dua Pulau ini terdapat chalet , asrama dan tapak perkhemahan 

    Jeti untuk ke pulau ni hanya 15 minit je dari rumah qaseh , dari jeti ke pulau ni dalam 45 minit , tapi qaseh masih belum sempat pergi , teringin sangat , in shaa Allah suatu hari nanti , antara pulau kecil ke pulau besar kira-kira dalam 10 minit dengan menggunakan bot . Orang kata tempat ni cantik sgt dengan air laut yang sangat jernih dan pasir yg memutih .. perghhh 

    Must do :
    • Try island-hopping
    • Go diving at Tokong Laut to see bamboo sharks 
    • Go on banana boat ride or try canoieng 
    • Enjoy the sun and sea breeza 


    PULAU LANG TENGAH 

    kat sini terdapat kira-kira dalam 15 tapak menyelam di sekitar Lang Tengah , lebih kurang 10 minit perjalanan antara satu-satu tapak

    Pulau ni memang ramai yang tak tahu sebenarnya , salah satu tempat rahsia yang terletak di Lang Tengah kerana tempat ni lebih terpencil dari Pulau Redang dan Pulau Perhentian , tapi Pulau ni sememangnya indah , perairan yang memukau mata dan suasana yang sangat aman , di sini hanya terdapat 3 pusat peranginan , ia sememangnya memberi pelancong ketenangan dan lebih privacy,untuk ke pulau ini boleh naik jetty di Jeti Merang 


    PULAU TENGGOL 

    Salah satu perairan yang paling dalam di pantai timur 

    Kira-kira sejam perjalanan dengan bot laju dari Kuala Dungun jeti, pulau ini adalah salah satu perairan paling dalam di pantai timur dan ia adalah syurga bagi penyelam. Hidupan laut seperti belut , ketam , penyu dan jerung bayi pasti akan memukau penyelam. Resorts disediakan untuk memenuhi keperluan pelancong, hanya 45 minit dari jeti pantai di Kuala Dungun.

    PULAU KAPAS DAN PULAU GEMIA 



    Pulau  Kapas terletak jauh di luar pantai terengganu, syurga kecil tropika pulau ini adalah rumah kepada pelbagai batu karang jenis keras dan juga lembut , pulau ini dikenali sebagai tempat untuk memancing sotong pada masa-masa tertentu dalam setahun

    Pulau Gemia ialah pulau milik persendirian , tempat percutian yang aman dan sedikit privacy , banyak juga aktiviti yang terdapat di sini contoh nya , jungle trekking , permainan pantai , scuba diving , snorkelling dan banyak lagi ~

    Emosi Perempuan , Muhasabah Diri

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    Ya habibi ya Muhammad

    Pinjam semangat dari ibunda[klik] , akhirnya dapat jua update blog ,  dua tiga hari ni emosi seakan menjengah menguji sabar . Perempuan dan emosi tak dapat di pisahkan , kalau ia seakan meletup jangan kacau bagi ia lagi meledak .. biarkan tenang dan beransur pulih 

    Dua benda aku belajar dari emosi , satu syaitan akan menghasut kita dari segenap cabang , dia bisikkan ! kau hamburkan segala apa yang kau rasa ! kau maki hamun segenap arah yang ada , kau lepaskan segala-galanya kerana semua tu benar padahal semua tu hanya tindakan bodoh yang buat syaitan bersorak riang hurey2 ~ satu benda lagi yang aku belajar MUHASABAH diri sendiri , bila hati aku tak tenang , aku mula terfikir ada benda yang tak kena dengan segala amalan aku , Allah bagi alarm , Allah jentikkan hati betapa selama ni kau buat sesuatu yang salah .. 

    kalau kita rasa penat lelah atas dunia , itu dusta semata , kita mengharap rehat di syurga tapi ada satu saat niat kita beralih arah , buat hanya sekadar melaksanakan tanggungjawab atu pandangan manusia ..selalu tanya diri sendiri , kerana apa kita buat sesuatu , kalau niat kita tak betul ia nya hanya sia -sia ibarat debu yang berterbangan tiada hala tuju lantas lenyap mengotorkan dunia .. 

    ''tuhan dalam menempuhi hidup ini byknya dugaan dtg tempuhi
     tuhanku dosaku menggunung tinggi tapi taubatku tak ku tepati''

    Selalu muhasabah diri , tapi esoknye kita buat lagi ?? tak pe sayang , ada orang di akhirat nanti akan terkejut betapa sekecil-kecil amalan Allah akan paparkan , setiap amal perbuatan baik sebesar zarah sekalipun akan di perlihatkan , orang yang banyak muhasabah diri di dunia akan kurang di hisab di akhirat kelak ~ nah kalau sebesar zarah kebaikan pun Allah tunjukkan macamana jika kita selalu buat kejahatan melebihi sebesar zarah ? Allahurabbi .. takutnya aku , andai kita jujur pada diri, dosa dalam sehari terlalu menggunung sehingga mampu membuat kita muhasabah diri .. =)saat ini aku berfikir balik dari pada aku menghamburkan segala rasa yang menjelikkan , aku ambil langkah mudah , biarkan aku sendirian buat seketika , mencari diri sendiri yang "terhilang" di jentik rasa .. nanti aku kembali pulang ... 

    hati berbicara :

    masih belum terlambat untuk qaseh ucapkan selamat tahun baru buat kalian , 2010 , 2011 , 2012 , 2013 , now 2014 .. sekurangnya biar ada juga perubahan dalam diri kita , walau sebesar zarah .. someone pesan , cuba kawal emosi .. satu cara yang dapat aku kawal dengan MENANGIS so jangan tanya kenapa aku menangis , cuma biarkan aku dengan air mata ku tanpa gangguan ;)

    Viewing all 755 articles
    Browse latest View live