BROGA HILL | AKTIVITI RIADAH | SEMENYIH .. kali ni nak cerita tentang aktiviti 1 September 2014 aku tempoh hari , kat mana Broga Hill ni ? Mula-mula aku tak tahu jugak kat mana la Broga Hill ni , rupanya dekat Semenyih , berdekatan dengan Nottingham University , alahai rupanya dekat je dengan Putrajaya ni , aku ni ada penyakit tak boleh tengok orang buat aktiviti best2 , mula lah rasa dengki , tapi dengki secara sihat ye , tamo dengki2 tak sihat ni .. jadi akhirnya dapat jugak aku menawan puncak Broga Hill .. bila nak mendaki ni ada benda-benda penting yang korang kena bawak .. haaa
Suasana pagi yang best ! Pemandangan atas ni , kitorang berhenti rehat jap solat subuh .. cantik gilaaa , terjojol biji mata .. dan sangat damai .. subhanallah ..
Kitorang gerak pukul 4 pagi , aku dengan 4 kawan yang lain , so bila nak mendaki
1. Kena ada lampu suluh , tu pun kalau korang gerak awal pagi macam ni sebab suasana gelap gelita.Karang tak pasal - pasal jadi aktiviti cari orang hilang pulak
2. Harus lah berpakaian sukan , tracksuit dan kasut . Haram pakai selipar , kalau korang dah memang otai , kaki ayam pun xpe . No hal , ayam pun bagi free je kaki dia
3. Ambil sarapan dulu dan bawak air masak atau pun makanan kot2 lapar , aku silap hari tu tak bawak makanan dan tak sarapan dulu , so rasa nak muntah dan berpeluh2 dan ada la pengunjung lain muntah , yeckss nasib baik tak terpijak
4. Bawak la beg galas , senang untuk isi apa2 pun .. sebab nanti turun Broga Hill agak cerun so tangan harus kosong dari memegang apa2 ye anak2ku.
Broga Hill berketinggian lebih kurang 400 m , nampak macam biasa-biasa je kan ? Tapi bagi aku yang pertama kali pergi ni agak semput jugaklah , tapi aku jenis lasak . Mana boleh mengalah , alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke puncak .
Broga Hill ada 4 puncak , jarak antara satu puncak ke puncak lain tu mengambil masa lebih kurang 25 minit macam tu la , alhamdulillah masa pergi haritu tak hujan tapi jalan untuk naik ke puncak agak berdebu so jaga-jaga , agak licin .. jalan pun dah macam ular , kena relax and cool je , jangan paksa diri sangat , kalau penat sila berehat dulu ye .. yang lead aku hari tu kemain laju , geram pulak kitee
Bagi aku yang ketinggalan zaman ni , memang seronok buat aktiviti macam ni , orang lain dah berkurun pergi Broga Hill kan haha tapi takpe Alhamdulillah sampai jugak kat sini ! Rasa nak jerit kuat2 je bila sampai kat puncak sana , tapi takut jugak karang tak sempat jerit , kena tolak jatuh gaung .. memekak je haha .. akhirnyaaaaaaa qaseh dalia tinggal kenangan indah kat sini wehuuuu kalau ada peluang lagi , nak datang lagi ! Jom korang !
Aktiviti penting haruslah berselfie , tq Edd , nasib baik hilang merajuk dia , jenuh nak pujuk dia ni .. mentang2 dia selalu pergi Broga Hill kan , so wajib ada nanti takde sape nak lead kitorang , tq Hazilah , sudi juga mengikut n teman kaksue .. u are rock girl ! Tq jugak syakir dan pali .. berlima cukup .. ramai2 karang pening pulak hehehe .. mereka2 ni la merealisasikan impian dakuuu ..
So qaseh syorkan , pada yang tak pegi lagi , sila lah pegi , aish eksyen pulak haha .. bye Broga Hill nanti kita ketemu lagi .. maaf gambar tak cantik .. update guna handphone je , maklumlah handphone cikai ..