Pertama kali tengok AF secara live , teringin jugak nak tengok secara live ni kan , jadi nak thanx so much kepada Ben Ashaari yang tawarkan tiket free ke konsert AF10 minggu pertama , yang penaja utama nya D'HERBS terlajak laris gitu . Pengetua Af10 kali ni ialah Dato Hattan , intro tadi pun lagu rock kapak tu dari beliau ... memang terbaik , otai tuuuuuu dan tenaga pengajar yang lain untuk musim ini Fatimah Abu Bakar (guru komunikasi dan bahasa Inggeris) , Linda Jasmine (guru tarian dan koreografi) , Marlia Marlia Musa (guru seni persembahan) dan Siti Hajar (guru vokal)

Rakan blogger KelabBloggerBenAshaari yang lain , havoc betul depa ni , sebab tu qaseh sayang lebih
Persembahan oleh Nuha , dengan lagu pilihan nya tunggu sekejap ~ di iringi orkestra .. terbaik persembahan Nuha malam ni . Oh ye minggu pertama pelajar2 AF memilih lagu2 pilihan masing2 .
Seramai 12 pelajar Akademi Fantasia , juri pada malam tadi Tam Spider , Raja Azura , dan Ramli MS , dan pengara yang sememangnya gila-gila , Zizan Razak dan Jihan Muse , adoihhh dah macam tengok maharaja lawak pulak , memang tak salah pilih pengacara , konsert kali ni sangat meriah ..
Pelajar - pelajar kali ni ialah AZWAN SATAR , NUHA , MUNA , FIRMAN , EWAL , WAWA , FAREZ , ZAIF , ZIHA , AMAN , NINA dan ADEL , ehem yang sangat menarik perhatian qaseh jeng jeng jeng , aduh hensem sungguh beliau iaitu Azwan Satar , sebelum Azwan masuk Af2014 ni memang dah follow instagram dia , tu pun sebab tengok si faiz #villagepeople duk up pasal dia , so stalk la .. galeri dia kebanyakannya video dia menyanyi , dan lagu2 yang dia nyanyi tu atas permintaan peminat dia kat instagram , wah qaseh pun pernah req lagu ok :p pastu terkejut jugak la Azwan masuk Af2014 .. tadi dengar suara dia nyanyi live memang merdu je dan hensem sungguh .. ops tak kurang hebat si Nuha dan Ewal !
Konsert minggu pertama tiada penyingkiran , gimik terbaik lah tadi haaa siap ada beg hello kitty haha comel , syabas lah mampu menggimikkan dan mendebarkan penonton , drama sangat , part Faizal tetiba hadir tu sangat kelakar .. haishh nanti nak kena tengok live lagi ni , baru best .. last thanx again buat Ben Ashaari dan penerbit Af2014 kali ini .
AFUNDI AZWAN SATAR :p